nnahehe. aku sebenarnya bukanlah seorang yang arif lagi bijaksana pasal mekap neh. tapi aku cuma nak cherita: hari inip aku wat pemerah pipi aka blusher dengan tangan aku yang halus mulus inip.hehe. sebenarnya semester inip aku ambik subjek kosmetik dan dandanan sebagai elektif. ada amali. produk-produk yang termasuk dalam amali inip: deodoran, gincu, syampu, pemerah pipi, dan sabun. aku pula tergolong dalam kumpulan yang kena buat pemerah pipi. balik bilik, aku cuba la hasil tangan aku dan partner aku. hehe. tapi aku lupa la nak ambik gambar semasa proses pembuatan (buat secara manual ok. tak ada mesin-mesin).
aku memang tak reti mekap. siries tak reti. bukan setakat mekap, bab-bab penjagaan muka pon aku tak ambik kisah sangat. aku tak pakai pencuci muka. siries. dah 21 tahun aku hidup, aku tak pakai pencuci muka. maka, apatah lagi aku nak pakai toner, krim pencerah or whatsoever. bedak asas? gincu? sah-sah tak ada, apatah lagi mascara, eye-liner, mahupon blusher. aku cuma ada lip balm (itupon orang yang hadiahkan dan aku asyik lupa nak pakai *matilaa expired nanti). mungkin sebab muka aku tak bermasalah sangat, cuma jeragat dan kes berminyak sajala tapi aku biar saja. aku pernah juga teringin nak pakai semua tu, tapi aku takotla. takot muka aku yang sedia elok dah inip jadi benda lain pulak. aku takot nak pilih produk.
aku pernah dimekapkan orang: masa sekolah rendah bila menyertai pertandingan nasyid pertandingan bercherita masa tahap 1. orang yang mekapkan aku: senior darjah 6. haha. gilerr la. habis dikerjakan muka aku. blusher memang terang giler warna. gincu memang merah terang. aku rasa buruk gilerr muka aku diperlakukan sebegitu. haa, ada lagi sorang pernah mekapkan aku: mrs thamby-english teacher aku masa darjah 3. masa tu aku kena berlakon jadi mak kuchen dalam poetry in motion. dia lukis misai kuchen kat muka aku dengan eye-liner. budak-budak sekolaah lain gelakkan aku dan kawan-kawan aku (diorang jadi anak kuchen).
itu mungkin yang terakhirla aku dimekapkan. pakai mekap sendiri?tak pernah!
mekap: ada orang suka pakai. untuk kepuasan mahupon keyakinan diri. untuk rasa lebih menarik dan menonjol. tapi ada juga yang dipaksa pakai. contoh: masa kahwin. yela, jurugambar nak ambik gambar kahwin. kalau tak mekap, nanti pucat pulak. takpon rasa ordinari, tak ada luar biasa. aku plak, dahla tak reti, tak minat pulak tu. aku rasa kalau pakai mekap, aku jadi orang lain. macam rasa terkongkong dalam diri sendiri. nak minum air pon rasa teragak-agak. nak berjalan pon terasa ada orang pandang semacam.**tunggula aku kahwin nanti macam mana.haha.
update terkini kerja rumah aku: 2 lab reports, 2 kerja rumah marketing, pergi 'midnight'**pengsanlaa kerja aku tak siap nanti.
-habis-
Rabu, Ogos 06, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan