Isnin, Ogos 04, 2008

hari isnin biskut yang aneh dan menggemparkan

malam tadi aku stay-up sampai 3.45 pagi: siapkan 2 lab report pada masa yang sama. kalau tak aku nak stay lebih lama, tapi sebab guruh dan kilat dah berdentum, aku takotla plug laptop kena sambar. karang naya saja: 1 lab report pon tak buleh nak hantar. jadi aku pasang bateri, tidurkan laptop aku dalam keadaan standby, cabut plug, dan aku pon naik katil. tido.

6.15 pagi aku bangun sebab aku nak sambung bahagian yang tak siap. buka laptop. ada 1 tingkap mesej ym. ada 2 baris mesej.
'gudnyte'
'take care'
cheh. kenapa tiba-tiba sekarang nak ambil kisah. dulu bila aku online, senyap saja: tak ada nak tegur aku ke hape. bila aku tegur, macam nak tak nak layan aku. dengan orang lain bukan main layan. bila aku dah tawar hati, rajin pulak nak ambil kisah. pagi-pagi lagi dah menimbulkan rasa kechiwa dan saket hati aku.
aku baik saja tanpa kamu maka kamu tak payah susah-susah lagi nak kisah pasal aku.titik.

hari inip sangat terkejar-kejar. print lab report, hantar lab report, pergi kuliah, buat amali yang sangat memenatkan. isnin: hari yang betol-betol memenatkan untuk aku. tapi sebenarnya aku nak cherita satu kisah tergempar! apakah cherita itu ya? dekat sikit, aku nak bisik.

dekat foyer dewan kuliah school aku, ada satu bra hitam dan satu seluar dalam belang-belang terdampar di tengah-tengah laluan kat foyer itu!

aku terkejut siot. pagi-pagi aku datang school dengan semangat agak berkobar-kobar dan terkejar-kejar, tiba-tiba ternampak pula 2 benda itu. tertanya-tanya juga dari mana datang. nak kata ada ampaian, tak ada. nak kata ada servis dobi kat situ, pon tak ada. nak kata tempat pembuangan sampah, pon bukan. habis? adakah anjing yang menggonggong benda-benda itu sampai ke foyer itu? aku pon tak tahu siapa punya kerja dan siapa punya projek. haih. perkara yang sungguh memalukan. aku yang tengok pon rasa malu walaupon aku tak ada kaitan pon. yang pasti, ada insan mana entah yang menolak benda-benda itu ke bawah kerusi berhampiran, dengan kaki. dengan kaki la kot. yang pasti agak tersorok sikit dari khalayak ramai. misterius. sungguh misterius.

hari inip antara hari dalam sejarah sebab dalam tangan aku tak ada langsung cash. wallet aku kosong ringgit. seharian biskut pokai. aku lupa nak mencari kekayaan. maka, sekarang biskut nak pergi mencari kekayaan.

-habis-

4 ulasan:

anjut berkata...

weh.aneh la cerita ko ni???mcm biskut oreo bertukar jd roti gardenia...dari dulu ko ni misteriiiiiii...ngehhhhh..takut...

biskott berkata...

oreo jadi gardenia??jauh bebeno tuh..bertukar spesies lain gamaknye..
err..
adekah aku inip misterius orgnya?
hahaha

Tanpa Nama berkata...

diisobutil aluminium anhydrite... aku ada pasan gak bra itam n panties tu kat foyer DK tu... ala mlm2 kan budak mascom rajin dok situ, ko tny la kat diorg... hahaha...

biskott berkata...

aku rasa: anjing yang gonggong kot