esok pergi rimba herba di perlis (kurang pasti lokasi kawasan tersebut. hehe)
kira macam kerja lapangan lah.
kenal pasti pokok-pokok herba, ambil gambar.
tapi yang aku paling malas ialah buat laporan.
balik-balik dari perlis saja kena buat 3 laporan, siapkan dalam tempoh sebulan.
yang 3 laporan makmal tu tak siap-siap lagi.
uhh.
tadi aku berbalas mesej dengan kakak aku. akhirnya, dia dah letak nama untuk anak baru dia merangkap anak buah aku yang baru. (memang penat juga agaknya berfikir nama untuk anak sendiri, tambahan lagi bila tiba-tiba pula diri sendiri jadi kreatif tahap gaban nak beri macam-macam nama)
Nur Batrisyia Najmi. cucu perempuan sulung mertua kakak aku.
kesian Muhammad Akmal Najmi. selalu merajuk sebab tiba-tiba kena berkongsi mak, abah, dan atuk dia (mak ayah aku) dengan orang yang tak-adalah-lain-sangat iaitu adik sendiri. makcik macam aku yang jarang balik ini dia memang tak ingin rebut pon agaknya. haha.
*dia tak perasan ke sebenarnya dia berkongsi atuk dia (mak ayah aku) dengan aku. agaknya kalau aku manja lebih-lebih sikit dengan atuk dia (mak ayah aku), mesti dia cemburu.heheh.*
aku sebenarnya ada perancangan gatal nak balik rumah minggu ini. tapi memandangkan ada lawatan ke perlis serentak dengan tugasan-tugasan yang makin bertimbun, perancangan gatal itu terpaksa dibatalkan. itulah, gatal sangat. masa cuti hari itu gatal tak nak balik. masa tak cuti gatal pulak nak balik.
*kruk, kruk, kruk. isyh, gatal pulak kaki aku. nyamuk lah nii.
insyaAllah, kalau tak ada apa-apa, aku pergi singapura 19 februari. ada lawatan sambil belajar anjuran persatuan pusat pengajian. pasport pon dah buat petang tadi. tak ada perancangan pon nak sertai lawatan ini. tiba-tiba saja ada orang tarik diri pada minit akhir dan tiba-tiba saja timbalan pengarah projek memberi tawaran kepada aku. aku pikir-pikir lama juga. nak pergi, tak payah pergi, nak pergi, tak payah pergi. tapi pikir-pikir lagi, buat apa susah-susah aku pikir. lawatan saja pon. bayar RM200 saja pon pergi balik. makan pagi dan tengah hari disediakan. maka, aku pon membuat keputusan untuk pergi. heheh.
oh ya,
ada sesiapa ada petua atau tips mencantikkan kaki?
kaki aku keringlah, losyen macam tak jalan.
(mungkin sebab aku tak konsisten guna losyen. hakikatnya aku selalu terlupa nak gunakan losyen sebab aku terlupa yang aku ada losyen. haha.)
mungkin aku patut beli dan bela ikan yang selalu orang guna untuk spa ikan tu. lepas itu buat spa kaki sendiri.
*aku dah cuba spa ikan masa kat pesta penang tempoh hari. mula-mula macam geli, sampai terangkat-angkat kaki aku. mesti kenyang ikan tu makan bendasing kat kaki aku. haha.
-habis-
Jumaat, Februari 06, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
bestnya dapat g singapore
on the way nak balik tuh leh la drop jap kat muor
kalau bas tu aku punya, buleh lah drop-drop.haha
Catat Ulasan