Selasa, Februari 10, 2009

berjalan melewati laluan memori

malam semalam telah berlangsungnya mini-reunion fiversmapk04, melibatkan insan-insan yang berterabur di penang inip.

port kami: de' cengkih
masa: 8.00 pm-12.00 am lebih-lebih sikit.

peserta:
Wajdi (masih ingat stail aku tidur tepi tingkap yang hebat itu rupanya)
Topek (hebat gilerr makan nasi tambah)
Badshah a.k.a nama glemer Bisya (loyar buruk tapi bisnes banyak)
Sani (yang sentiasa sibuk malam itu ke sana ke mari)
Munie (bakal pengantin. hahahaha)
Atie (otai zaman dulu-dulu.hihih)
Anoi (ke Enoi?haha. ini kawan Wajdi)
dan semestinya aku yang pemalu lagi low-profile lah konon-konon (buwekk)

sesi makan-makan, update perkembangan terkini, dan semestinya mengimbau kembali kenangan masa sekolah dulu. cerita seram pon ada woo.

bila cerita-cerita pasal masa sekolah dulu, aku macam balik semula ke zaman aku form 5 semula.

aku nampak Izyanie (nama glemer dulu Sittang) duduk sebelah aku, dia senyum kat aku.
aku nampak kotak tisu Premier warna biru yang aku lekatkan kat dinding. bekalan tisu untuk hari-hari selsema aku.
aku pandang tingkap tepi aku, tempat aku selalu bersandar dan tempat aku menghadap kalau aku nak cover bila tidur waktu prep malam.
aku dapat tengok semua kawan-kawan sekelas aku tengah buat apa tak kira masa sebab aku duduk belakang sekali. tepi tingkap + belakang sekali = memang strategik (aku malas jadi aku suka usha kao orang buat apa.haha)
atas meja aku penuh dengan contengan aku sendiri-lirik lagu terutamanya (tapi mungkin juga ada contengan orang lain.haha)

fakta: aku pernah berjalan secara mengiring masuk kelas Cikgu Amnah, macam ketam, siap tangan letak kat belakang. aku jalan macam itu sebab baju aku basah kat belakang, malu la konon-konon (sebelum itu aku terduduk atas kerusi kotor kat makmal kimia, jadi aku minta sedikit sabun dengan Cikgu Norsiah dan cuci baju aku).

ya, kena gelak. aku pon gelakkan diri sendiri sebab kenapa susah-susah berfikir cara macam mana nak jalan masuk kelas. bukannya orang perasan pon baju aku basah kat belakang.

sekadar beberapa cerita.
cerita dulu.
tapi apa salahnya kan ingat-ingat balik cerita lama?
hihi.


aku takkan lupa laluan semut kat tempat Syed.
siap ada papan tanda tunjuk arah jalan.
tapi aneh, lepas SPM semut-semut dah tak lalu situ. aku rasa tak lama sebelum SPM pon semut-semut tu dah tak guna laluan yang dilukis dengan pensel tu.


oh ya, Jawa, aku ingat lagi kao sapu sampah dengan menggunakan penyodok sampah warna merah.


-habis-

11 ulasan:

anjut berkata...

weh dibah!hahaha!ko mmg terkenal dgn cara jalan yg unik!hehehe!mesti ko bengang ngan aku dulu kan?wakakakakka!!!

biskott berkata...

haha. agak bengang gak ah.
tapi aku tak marah.
kih3
oh ya, sampai sekarang aku jalan macam tu.
dan ada juga orang kata aku jalan unik.
wakakakkakaak!

hafizKAMID berkata...

ade ek aku sapu sampah ngan penyodok??
aku pon da luper lar hahaha
nampak cam aku rajin je kan

biskott berkata...

jawa: ada laa. itu bukan rajin. itu pemalas nak cari penyapu namanya.hahahaha.

aku ingat lagi sebab aku tegur kau suruh guna penyapu.haha.

Are::Teem berkata...

DIBAH2...KLAKAU..AKU DPT BYGKAN KO JALAN..KAH2

biskott berkata...

ateem: wah. imaginasi kau memang hebat.
heheh.

toupeque_87 berkata...

dibah..
perlu ke statement aku makan tambah???
hehe

biskott berkata...

sebab aku tak tahu nak letak statement apa yang lain.
hihi.

Are::Teem berkata...

bukankah aku terkenal ngan daya imaginasi aku...??

biskott berkata...

oh?aku tak tahu pulak sampai tahap terkenal?
kena mintak autograf ni.
nak saainnnnnnn!~

Are::Teem berkata...

owh..sile beratur dan amek borang ye..keh3