Khamis, Februari 19, 2009

wow, you are so cool!

jam 1.30 petang tadi, aku pergi meng-sukarelawan-kan diri (sila jangan guna rangkai kata ini untuk urusan rasmi atau menjawab kertas peperiksaan SPM-dijamin kena potong markah) menjadi subjek untuk kajian berkaitan tekanan darah dan stres.

one activity that you would do to cope with stress:
senang saja. aku tulis dengan pantas lagi bergaya.
sleep (ke nak letak 'sleeping'? ah, 'sleep' sudah)


"sleep? whoaa..that is really the best way!" sambil menunjukkan tanda bagus.
tengoklah siapa tuan badan. nama pon kaki tidur.





lepas itu, kena jawab soalan menduga minda dalam tempoh masa yang singkat.
batang mancis lah, duit syiling lah, kira congak-congak lah.
jawab, pikir sikit-sikit, jawab.
hasil yang aku dapat?







"wow, you are so cool!"

teruja nampaknya si pembuat kajian-yang-sangat-peramah berkenaan tekanan darah aku yang tak berapa menyongsang tatkala menjawab soalan-soalan memerah otak itu. konsisten barangkali.

"you must be so relaxed during your exams, aren't you?"

aku gelak.
ye ye oww je dia ni. mana ada aku rilek masa jawab peperiksaan? kalau aku rilek, mesti aku dapat masuk senarai dekan. haha.



tiba-tiba aku terfikir.
betulkah aku betul-betul cool dan tenang gilerr?
atau sebenarnya aku malas berfikir ketika menjawab soalan-soalan itu, lantas aku tak berapa stres? (eh, eh, aku pikir. aku pikir. aku bukan jawab bodoh-bodoh. kira betul-betul tahu.)
atau sebenarnya aku memang dah putus asa, maka aku pasrah?
atau sebenarnya sistem biologi aku dah pandai menipu orang dengan memberi maklumat palsu?
entah. mungkin sebab emosi aku stabil hari ini.




dia belum tengok bila hari 'cuti' aku datang. mesti dia tarik balik. hehe.


-habis-

2 ulasan:

anumz sarah berkata...

Tabik ah entry ko kali ni biskott. Wow you're so cool...hehehe...

biskott berkata...

heheh.
nasib baik dia tak kata "you're so hot!"

heeee~