Ahad, Februari 15, 2009

mengidam

aku kempunan (mengikut susunan keutamaan. nombor 1 paling diidam-idamkan)

1. asam pedas (asam pedas sini macam cair je. kecewa aku tengok)

2. sayur betik muda tumis (betik mengkal yang lebih tepat, tapi nama macam tak sedap pulak)

3. sayur pisang masak lemak (kenapa kat sini macam susah nak cari)

4. jantung pisang tumis pedas gilerr.

5. pucuk paku tumis pedas gilerr.

6. sambal goreng mak aku.

7. mi bandung muar-aku terbayang kuah yang pekat, pedas, memang rasa udang tu, lepas itu ada hati lembu dicincang halus-halus bubuh dalam itu, lepas itu ada telur yang sangat sedap, banyak isi, perghhhhhh. memang laa buleh menangis terharu kalau dapat makan. uhh.



uhhhh. siries aku rasa miang-miang badan nak balik rumah.

wahai budak-budak-lelaki-yang-ada-periuk-nasi, kau orang boleh tak masakkan asam pedas untuk aku?


-habis-

5 ulasan:

hafizKAMID berkata...

oh sungguh eksotik makanan yang ko mengidam

biskott berkata...

haha.
tengoklah orang yang mengidamnya siapa.
wakakaka

futbolmaster berkata...

asam pedas kat johor gak yg best huhu

biskott berkata...

azham: betol tuu! melaka punya pon best.

Are::Teem berkata...

asam pedas...?aku baru mkn td..keh3