Khamis, Februari 26, 2009

huru-hara lagi

aku stres minggu ini. tapi belum tahap depresi lagi lah kot. (tapi mungkin juga menghampiri status itu. haha)
stres sebab kuiz CNS esok dan baaanyak lagi aku tak ulang kaji.


padan muka. padan muka. padan muka.


ditambah dengan 'hari cuti'. menjadi-jadi ketidakstabilan diri aku. kelmarin menangis sampai tertidur dan tak pergi dua kelas. kalau aku pergi pon, bergegar nanti dewan kuliah. mana tahu, tiba-tiba aku jadi si Hijau.


sebenarnya,
aku naaak sangat balik rumah.
dah kira tahap homesick dah ni.
tapi tak buleh balik sebab banyak lagi kerja nak diselesaikan.
huhu.


-habis-

Isnin, Februari 23, 2009

bila kopi tak panas lagi

susahlah nak upload gambar.huu.
maka aku buat tag ini dulu (daripada Amar seperti biasa)

Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag 10 people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real and nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
Have fun!

1. What is your name : Adibah

2. A four-letter word: Agar

3. A boy's name: Akmal (nephew)

4. A girl's name: Aini (cousin)

5. An occupation: Accountant

6. A color: Amber

7. Something you wear: Asadi..hihi

8. A food: Ayam masak merah

9. Something found in the bathroom: Air-cond

10. A place: Argentina

11. A reason for being late: Aida terlupa pasal saya

12. Something you shout: Aaaaaaaaaa!!!!

13. A movie title: A beautiful life

14. Something you drink: Air sirap..buleh?haha

15. A musical group: Arctic Monkeys

16. An animal: Armandillo

17. A street name: Abdullah Hukum?

18. A type of car: Austin

19. The title of a song: Awake (secondhand serenade)

20. A curse word: Aram jadah

mangsa seterusnya:
::azham::
::citra nieda::
::jawa::


Ahad, Februari 22, 2009

nanti

aku sudah pulang dari negara Temasik.
nanti aku cherita.

Khamis, Februari 19, 2009

wow, you are so cool!

jam 1.30 petang tadi, aku pergi meng-sukarelawan-kan diri (sila jangan guna rangkai kata ini untuk urusan rasmi atau menjawab kertas peperiksaan SPM-dijamin kena potong markah) menjadi subjek untuk kajian berkaitan tekanan darah dan stres.

one activity that you would do to cope with stress:
senang saja. aku tulis dengan pantas lagi bergaya.
sleep (ke nak letak 'sleeping'? ah, 'sleep' sudah)


"sleep? whoaa..that is really the best way!" sambil menunjukkan tanda bagus.
tengoklah siapa tuan badan. nama pon kaki tidur.





lepas itu, kena jawab soalan menduga minda dalam tempoh masa yang singkat.
batang mancis lah, duit syiling lah, kira congak-congak lah.
jawab, pikir sikit-sikit, jawab.
hasil yang aku dapat?







"wow, you are so cool!"

teruja nampaknya si pembuat kajian-yang-sangat-peramah berkenaan tekanan darah aku yang tak berapa menyongsang tatkala menjawab soalan-soalan memerah otak itu. konsisten barangkali.

"you must be so relaxed during your exams, aren't you?"

aku gelak.
ye ye oww je dia ni. mana ada aku rilek masa jawab peperiksaan? kalau aku rilek, mesti aku dapat masuk senarai dekan. haha.



tiba-tiba aku terfikir.
betulkah aku betul-betul cool dan tenang gilerr?
atau sebenarnya aku malas berfikir ketika menjawab soalan-soalan itu, lantas aku tak berapa stres? (eh, eh, aku pikir. aku pikir. aku bukan jawab bodoh-bodoh. kira betul-betul tahu.)
atau sebenarnya aku memang dah putus asa, maka aku pasrah?
atau sebenarnya sistem biologi aku dah pandai menipu orang dengan memberi maklumat palsu?
entah. mungkin sebab emosi aku stabil hari ini.




dia belum tengok bila hari 'cuti' aku datang. mesti dia tarik balik. hehe.


-habis-

Ahad, Februari 15, 2009

mengidam

aku kempunan (mengikut susunan keutamaan. nombor 1 paling diidam-idamkan)

1. asam pedas (asam pedas sini macam cair je. kecewa aku tengok)

2. sayur betik muda tumis (betik mengkal yang lebih tepat, tapi nama macam tak sedap pulak)

3. sayur pisang masak lemak (kenapa kat sini macam susah nak cari)

4. jantung pisang tumis pedas gilerr.

5. pucuk paku tumis pedas gilerr.

6. sambal goreng mak aku.

7. mi bandung muar-aku terbayang kuah yang pekat, pedas, memang rasa udang tu, lepas itu ada hati lembu dicincang halus-halus bubuh dalam itu, lepas itu ada telur yang sangat sedap, banyak isi, perghhhhhh. memang laa buleh menangis terharu kalau dapat makan. uhh.



uhhhh. siries aku rasa miang-miang badan nak balik rumah.

wahai budak-budak-lelaki-yang-ada-periuk-nasi, kau orang boleh tak masakkan asam pedas untuk aku?


-habis-

Selasa, Februari 10, 2009

berjalan melewati laluan memori

malam semalam telah berlangsungnya mini-reunion fiversmapk04, melibatkan insan-insan yang berterabur di penang inip.

port kami: de' cengkih
masa: 8.00 pm-12.00 am lebih-lebih sikit.

peserta:
Wajdi (masih ingat stail aku tidur tepi tingkap yang hebat itu rupanya)
Topek (hebat gilerr makan nasi tambah)
Badshah a.k.a nama glemer Bisya (loyar buruk tapi bisnes banyak)
Sani (yang sentiasa sibuk malam itu ke sana ke mari)
Munie (bakal pengantin. hahahaha)
Atie (otai zaman dulu-dulu.hihih)
Anoi (ke Enoi?haha. ini kawan Wajdi)
dan semestinya aku yang pemalu lagi low-profile lah konon-konon (buwekk)

sesi makan-makan, update perkembangan terkini, dan semestinya mengimbau kembali kenangan masa sekolah dulu. cerita seram pon ada woo.

bila cerita-cerita pasal masa sekolah dulu, aku macam balik semula ke zaman aku form 5 semula.

aku nampak Izyanie (nama glemer dulu Sittang) duduk sebelah aku, dia senyum kat aku.
aku nampak kotak tisu Premier warna biru yang aku lekatkan kat dinding. bekalan tisu untuk hari-hari selsema aku.
aku pandang tingkap tepi aku, tempat aku selalu bersandar dan tempat aku menghadap kalau aku nak cover bila tidur waktu prep malam.
aku dapat tengok semua kawan-kawan sekelas aku tengah buat apa tak kira masa sebab aku duduk belakang sekali. tepi tingkap + belakang sekali = memang strategik (aku malas jadi aku suka usha kao orang buat apa.haha)
atas meja aku penuh dengan contengan aku sendiri-lirik lagu terutamanya (tapi mungkin juga ada contengan orang lain.haha)

fakta: aku pernah berjalan secara mengiring masuk kelas Cikgu Amnah, macam ketam, siap tangan letak kat belakang. aku jalan macam itu sebab baju aku basah kat belakang, malu la konon-konon (sebelum itu aku terduduk atas kerusi kotor kat makmal kimia, jadi aku minta sedikit sabun dengan Cikgu Norsiah dan cuci baju aku).

ya, kena gelak. aku pon gelakkan diri sendiri sebab kenapa susah-susah berfikir cara macam mana nak jalan masuk kelas. bukannya orang perasan pon baju aku basah kat belakang.

sekadar beberapa cerita.
cerita dulu.
tapi apa salahnya kan ingat-ingat balik cerita lama?
hihi.


aku takkan lupa laluan semut kat tempat Syed.
siap ada papan tanda tunjuk arah jalan.
tapi aneh, lepas SPM semut-semut dah tak lalu situ. aku rasa tak lama sebelum SPM pon semut-semut tu dah tak guna laluan yang dilukis dengan pensel tu.


oh ya, Jawa, aku ingat lagi kao sapu sampah dengan menggunakan penyodok sampah warna merah.


-habis-

Sabtu, Februari 07, 2009

gadis lompat

untuk tidak menghampakan Ateem, saya jawablah:

senaraikan 10 perkara pasal si dia yang menge'tag' saya :

1. dia dulu satu dorm dengan saya masa form 5. dialah 'kakak katil' saya.hehe.
2. dia panik dan gelabah ketika jari saya berdarah kerana terkena kaca tingkap yang macam terbelah sikit. (saya rilek saja pon waktu itu)
3. seingat saya warna kegemaran dia ialah merah jambu.
4. sekarang dia buat accounting di uitm shah alam.
5. dia gelak dengan stail yang unik. bagi sayalah, unik.
6. dia suka lelaki-lelaki kacak (normal lah kan, tapi saya lebih suka lelaki yang comel. haha)
7. dia rapat dengan amar dan ruq.
8. saya tahu dia baik hati.
9. dia boleh menyatakan ayat yang panjang dengan satu nafas.
10. dia eksaited kalau bercerita tentang sesuatu. pendek kata, penuh dengan emosi dan ekspresi. hehe.

------------------------------------------------------------------------------------------------

penatlah.
tadi masa pusing-pusing di taman herba tu tak terasa sangat penat.
tapi bila sampai je bilik, terus terbaring aku kat lantai.
(tapi masih ada hati nak pusing-pusing di dunia internet).

pokok yang aku dapat untuk tugasan aku ialah pokok cenderai.
pokoknya tinggi dan kegunaan tradisionalnya ialah untuk orang kencing manis (tapi ini secara tradisional lah, secara evidence-based aku belum cari lagi).

aku rasa aku minatlah dengan herba. tak tahu kenapa, tapi aku rasa eksaited pulak. tanya macam-macam lah konon. heheh. tapi mungkin sebab melibatkan pokok-pokok, tu yang aku macam minat.

walaupon tak semua kegunaan tradisional pokok-pokok herba dibuktikan secara saintifik, tapi aku kagum dengan orang dulu-dulu. pesan orang dulu-dulu, pengambilan herba ada cara-cara, peraturan, dan sukatannya tersendiri, dan herba ini kadang-kadang kena ikut kesesuaian dengan individu yang berbeza-beza. contoh macam kacip fatimah untuk perempuan, manakala tongkat ali untuk lelaki. contoh lain, untuk sukatan selalunya dalam bilangan ganjil, macam 1,3,5 cupak (tak tahu pula kenapa, tapi macam itulah).
unik kan? orang dulu-dulu yang tak ada ijazah pon buleh buat panduan dan formula khusus untuk penggunaan herba tradisional ni. mungkin juga kebetulan, tapi tetap nak kagum jugak. haha.

lawatan kali ini memang menarik. macam-macam pokok aku belajar. nama pon banyak yang pelik-pelik.

tadi Encik Hashim, orang yang bertanggungjawab bagi penerangan pasal pokok-pokok herba yang ada di situ, dia menawarkan aku sehelai pucuk daun Gadis Lompat (tak ingat nama saintifik dia apa, nanti aku tulis bila aku check balik). aku pon makan. sedap jugak rasanya. tak pahit, tak kelat, macam lemak sikit, dan ada rasa berangin. Encik Hashim kata pokok ni khas untuk kegunaan perempuan saja, untuk memulihkan tenaga, dan urat saraf. lelaki tak boleh sebab dia kata kalau bertukar suara, dia tak mahu jamin. hihi.

aku rasa macam nak cerita lagi.
tapi aku dah mengantuk tahap gaban.
uhh.
tidur dulu.

-habis-

Jumaat, Februari 06, 2009

bila perasan diri sibuk

esok pergi rimba herba di perlis (kurang pasti lokasi kawasan tersebut. hehe)
kira macam kerja lapangan lah.
kenal pasti pokok-pokok herba, ambil gambar.

tapi yang aku paling malas ialah buat laporan.
balik-balik dari perlis saja kena buat 3 laporan, siapkan dalam tempoh sebulan.
yang 3 laporan makmal tu tak siap-siap lagi.
uhh.

tadi aku berbalas mesej dengan kakak aku. akhirnya, dia dah letak nama untuk anak baru dia merangkap anak buah aku yang baru. (memang penat juga agaknya berfikir nama untuk anak sendiri, tambahan lagi bila tiba-tiba pula diri sendiri jadi kreatif tahap gaban nak beri macam-macam nama)
Nur Batrisyia Najmi. cucu perempuan sulung mertua kakak aku.
kesian Muhammad Akmal Najmi. selalu merajuk sebab tiba-tiba kena berkongsi mak, abah, dan atuk dia (mak ayah aku) dengan orang yang tak-adalah-lain-sangat iaitu adik sendiri. makcik macam aku yang jarang balik ini dia memang tak ingin rebut pon agaknya. haha.

*dia tak perasan ke sebenarnya dia berkongsi atuk dia (mak ayah aku) dengan aku. agaknya kalau aku manja lebih-lebih sikit dengan atuk dia (mak ayah aku), mesti dia cemburu.heheh.*



aku sebenarnya ada perancangan gatal nak balik rumah minggu ini. tapi memandangkan ada lawatan ke perlis serentak dengan tugasan-tugasan yang makin bertimbun, perancangan gatal itu terpaksa dibatalkan. itulah, gatal sangat. masa cuti hari itu gatal tak nak balik. masa tak cuti gatal pulak nak balik.
*kruk, kruk, kruk. isyh, gatal pulak kaki aku. nyamuk lah nii.



insyaAllah, kalau tak ada apa-apa, aku pergi singapura 19 februari. ada lawatan sambil belajar anjuran persatuan pusat pengajian. pasport pon dah buat petang tadi. tak ada perancangan pon nak sertai lawatan ini. tiba-tiba saja ada orang tarik diri pada minit akhir dan tiba-tiba saja timbalan pengarah projek memberi tawaran kepada aku. aku pikir-pikir lama juga. nak pergi, tak payah pergi, nak pergi, tak payah pergi. tapi pikir-pikir lagi, buat apa susah-susah aku pikir. lawatan saja pon. bayar RM200 saja pon pergi balik. makan pagi dan tengah hari disediakan. maka, aku pon membuat keputusan untuk pergi. heheh.


oh ya,
ada sesiapa ada petua atau tips mencantikkan kaki?
kaki aku keringlah, losyen macam tak jalan.
(mungkin sebab aku tak konsisten guna losyen. hakikatnya aku selalu terlupa nak gunakan losyen sebab aku terlupa yang aku ada losyen. haha.)

mungkin aku patut beli dan bela ikan yang selalu orang guna untuk spa ikan tu. lepas itu buat spa kaki sendiri.
*aku dah cuba spa ikan masa kat pesta penang tempoh hari. mula-mula macam geli, sampai terangkat-angkat kaki aku. mesti kenyang ikan tu makan bendasing kat kaki aku. haha.

-habis-