Ahad, Oktober 19, 2008

tak tahu nak letak tajuk apa

minggu yang sangat sibuk untuk aku. 2 kuiz telah diharungi. walaupon agak hampeh, tapi sekurang-kurangnya lepas sudah. lepas itu, sibuk pula dengan report subjek kosmetik dan presentation slides. isnin inip ada presentation untuk subjek kosmetik. harap-harap aku tak terpilih untuk membuat presentation nanti.

ada beberapa benda jadi minggu inip selain kesibukan aku.

*malam sebelum kuiz 342, aku tak tido juga sebab nak habiskan ulangkaji. sebab tak nak mengantok, tangan aku asyik mencapai peel fresh perisa oren yang aku beli di tesco hari itu untuk diminum, diselang-selikan dengan snek berupa rumpai laut. keesokan paginya aku saket perot.

*Inchek Own dah belanja aku makan tiga kali. rasa bersalah dowh. bukan niat aku untuk kacau daun dan siries aku tak kisah kalau kao tak belanja aku pon.

*semalam aku tido pukul 5 pagi. memang lepas itu aku tido berlebih-lebihan sebab mata aku susah gilerr nak buka.

*aku rasa macam ada stalker. sebab dia berjaya tahu nombor IC aku.

*tadi aku pergi majlis makan malam anjuran MPS penang di berjaya hotel, jalan burma. patutnya bayar 50 hengget, tapi telah ditaja lebih daripada separuh (aku kena bayar 20 hengget saja). naik kereta Inchek Farreq. makanan biasa-biasa saja dan sesungguhnya aku masih lapar (kenyataan inip diperakui oleh Inchek Farreq dan Inchek Molek). majlis yang agak ntahapahapa sebab hampir keseluruhan persembahan adalah daripada penari-penari 'pon'. miming saja pon, tapi dressing memang tak buleh blah. tak sanggup aku tengok. belom lagi diorang turun pentas dan mendekati mana-mana hadirin lelaki yang ada dengan gaya yang kunun-kunun menggoda.haih.

aku dah tak ada mood nak taip apa-apa. idea hilang tiba-tiba. henset aku pon senyap.
tidolah.

-habis-

2 ulasan:

anjut berkata...

bahay nyer stalker pelik macam tu?yeayea, nampak sgt ko ni fofular coz ada org intip.

biskott berkata...

aku tak fofularlah.entah apa yang menarik dgn no ic aku pon,aku tak tahu..mejah,cubalah google nama penuh ko..hehe