Khamis, Oktober 23, 2008

aku tak puas hati dengan Inchek Farreq sebab dye buleh tidur dengan aman

lab report terakhir aku berjaya disiapkan tepat jam 5.30 pagi tadi dan berjaya dihantar sekitar pukul 10.00 tadi. iya, aku tak tidur satu malam.

sekitar jam 4 pagi Inchek Farreq berborak dengan aku melalui ym-bagus juga, sekurang-kurangnya ada teman. dye tak tidur satu malam sebab buat report juga dan bermain dota. tapi matlamat dye dan aku sama: tidur lepas subuh. cheh. dye berjaya tidur dengan aman. aku? lepas solat subuh kunun-kunun nak tidur sampai pukul 9 pagi ataupon berpanjangan ke pukul 10. tapi pukul 7 pagi aku dah tak buleh meneruskan aktiviti tidur aku. mata aku pedih tapi bila baring, tak tidur juga. tertekan dengan keadaan itu, aku terus bangun dan pergi mandi. senang hati. bersiap-siap untuk print dan hantar report.

namun begitu, kepala otak aku melayang-layang macam layang-layang gambar superman.

bila sampai di makmal komputer skool, aku tengok tak ada pon dokumen yang aku nak print itu dalam pendrive aku.
macam stokin dan aku terpaksa berpatah balik ke bilik.
bila sampai bilik, aku tengok rupa-rupanya dokumen itu memang ada, cuma aku yang tak perasan.
macam stokin.
dan aku nyaris tertinggal data eksperimen.
kalau tak, memang kena patah balik.

aku berjalan pon dalam keadaan agak terhuyung-hayang dan macam blur.
aku nak sambung tidur. tapi macam tak buleh tidur.
baju-baju aku belum digantung dan dilipat.
dan aku belum kemas-kemas untuk balik malam inip.
haih.

*peperiksaan akhir bermula pada 3 november dan berakhir pada 17 november.
tujuh kertas. satu semangat.
oh, aku belum print slip peperiksaan lagik.

-habis-

2 ulasan:

anjut berkata...

dibah..gudluck exam!

biskott berkata...

tenkiu mejah!~