Isnin, April 12, 2010

muvi muvi mesti tonton

sejak akhir-akhir ni selalu buat marathon menonton muvi. tiba-tiba hari ini terasa rajin nak buat reviu pasal muvi yang mungkin patut anda tonton. hoho. (tengok tajuk macam banyak noo muvi nak di-reviu padahal dua je. haha)


okey, muvi ni aku baru berkesempatan tengok malam tadi. Departures a.k.a. Okuribito. filem yang menang Academy Award for Best Foreign Language Film di Oscar 2009 dan 10 Japan Academy Prize Awards. sebab menang2 award ni, aku rasa nak donlod dan tengok. hasilnya?

cerita ni best memang patut menang award! tapi untuk orang-orang yang menghayati lah. kalau rasa nak actions, tak payah lah nak tengok cerita ni sebab cerita ni slow and steady je. tema utama cerita ni pasal kematian. pelakon utama, Masahiro Motoki (Daigo) bekerja sebagai seorang yang involve dengan upacara menguruskan mayat. nak cerita lebih2 tak syok pulak. but then as the story goes along, banyak nilai-nilai murni pasal kekeluargaan yang dipaparkan. part kelakar masa awal-awal Daigo dapat kerja ni. serius lawak. mesti tonton sebab aku bagi 4.9 stars kot haha. pelakon2 dia semua mantap, terutamanya Masahiro Motoki, dahlah comel haha. muzik latar pun best, shots pun cantik.
link jumpa di sini.


seterusnya haa muvi yang telah membuatkan mata aku bengkak sehari.


Hachiko: A Dog's Story. aku bagi 4.9 stars lerr sebab berjurai-jurai air mata ku sampai roommate rasa hairan kenapa perempuan ni asyik kesat-kesat mata dengan tisu. tapi tak tau la kot aku terlebih sentimental haha. kalau nak tengok cerita ni get ready la dengan tissue papers hohoh. tema utama cerita ni: kesetiaan. cerita ni based on a true story that happened in Shibuya, Japan. seekor anjing yang setia tunggu tuan dia sampai ke akhir hayat. tapi ini cerita omputeh la. tak banyak sangat dialog, tapi lebih kepada ekspresi emosi (chewah). anjing dalam cerita ni comel gilaaaa, rasa nak peluk je. pelakon utama: Richard Gere.
link jumpa di sini.


both movies are recommended. mesti tonton. okey?

2 ulasan:

kerabatASTANA berkata...

btw,hachiko tue ade version japan dia. ahaks X)

biskott berkata...

oooo ada gak orang cakap. ada link mediafire? :P hehe