Sabtu, Ogos 29, 2009

petang penuh nafsu di Nirwana Maju

suatu petang di Nirwana Maju:

eksaited membeli-belah stok makanan dengan penuh nafsu semua nak ambik masuk dalam troli.
lepas itu eksaited pergi berbaris untuk bayar.
di depan ada 3 orang pakcik tengah berbaris.


lama lah pulak kakak cashier kira-kira semua.




"dik,dik" kakak cashier kaunter sebelah panggil.
aku toleh.


" kaunter tu untuk lelaki. perempuan bayar kat sini" (ada la slang kelantan dia tapi aku tak reti nak tiru)

aku terkesima. aku pandang atas. di papan tanda tertulis: lelaki, siap ada lambang orang pakai songkok.

maluuuuuuuuu.
cepat-cepat sorong troli pergi kaunter sebelah.
hahaha sangat malu okey.

6 ulasan:

Datema berkata...

sumpah 1st time aku dengar ade kaunter lelaki sahahja!kagum!

diebah, kalau aku pun pasti terus lari tinggalkan brg2 tu semua!malu!hahahhahahah

biskott berkata...

tu la. aku pun pertama kali jumpa kaunter asing-asing lelaki perempuan. aku pun tak perasannn signboard tu.

memang malu gilerrr tapi nak tak nak kena juga sorong troli tu pergi sebelah.
berharga beb semua stok makanan tu.
hahahahaha.

anjut berkata...

hahha, dibah giler!ok r ada kaunter lelaki pempuan..kalau kat sini, paling lemas kalau belakang makcik, dah ler cari duit lambat, pastu siap berbual dgn cashier..ishhh, kang aku jerit kat telinga makcik2 tu, pekak pulak nanti..huhu!

biskott berkata...

hoooo kalau sampai part berborak dengan cashier memang la menghanginkan.

alang cashier berborak dengan cashier pun aku dah hangin.

anumz sarah berkata...

Serious?? I guess ada org oatut buat tour le if nak dtg Kelate. Aku sure lari sambil tutup muka punya. Haha...

biskott berkata...

i'm not sure about other supermarkets/shopping places.
tapi kalau nirwana maju@kk square yang betul2 opposite husm ni, kaunter asing-asing untuk laki dan pompuan.

nasib baik juga kakak cashier yang tegur. kalau pakcik yang berbaris kat depan tegur, laaaaagi malu. hehe