Rabu, April 22, 2009

tamsil

pada suatu hari,ayah cakap dengan aku, lebih kurang macam inilah bunyinya:

secara tamsilnya (tamsil itu maksudnya analogi atau perbandingan), hati manusia ni macam cermin. kalau buat benda tak elok/selalu tak ingat Allah, satu titik hitam muncul atas cermin (kalau nak ganti titik hitam dengan tahi cicak pon buleh sebab cermin tingkap kat rumah aku selalu banyak tahi cicak). lama-lama, bila cermin penuh dengan titik hitam, tak mungkin akan nampak apa-apa lagi. muka sendiri pon tak nampak kat cermin itu.

jadi, macam mana nak mengelakkan cermin itu atau membersihkannya daripada terus dicemari titik-titik hitam tersebut? selain daripada amalan wajib, kena berzikir, ingat Allah selalu. selalu. supaya cermin itu terang, bersinar-sinar dan muka sendiri boleh dilihat dengan jelas depan cermin tersebut. bukan setakat muka sendiri, bahkan kalau sampai pada suatu tahap, mungkin boleh lihat muka orang lain juga.


pesanan untuk diri sendiri juga.huhu.



-habis-

2 ulasan:

anumz sarah berkata...

Jadual kualiti biskut sudah sampai hujung? uuuhhh....aku br bermula jadual kualiti 24 haribulan ni...selamat enjoy!!

p/s:entry yg sgt berguna...lama dh nak baca entry yg menyedarkan ni..hmm...

biskott berkata...

anum: hihi.itulah pasal. sekejap saja dah sampai hujung. all the best okeyh anum!

p/s:sekadar berkongsi apa yang ada. =]