Jumaat, April 24, 2009

antara fakta tahun ketujuh I

tiba-tiba aku dapat idea nak buat pasal entri ini. mari kita lihat.

1.umur aku 7 tahun pada tahun 1994.

2.sekolah rendah pertama aku ialah SK LKTP Selanchar 1. kelas 1 Gigih. guru kelas ialah Cikgu Rahimah merangkap mak Faizil. kawan-kawan smapk ingat tak Faizil?haa, dia itu rakan sekelas aku dari tadika sampai darjah 1.kecil kan dunia. gila tak sangka aku jumpa dia balik masa sekolah menengah.

3.aku ketua kelas 1 Gigih, dan penolong ketua kelas ialah Faizil.haha.aku ingat lagi dia marah aku sebab aku bising (bila masa aku bising aku pon tak tahu). "dah lah ketua kelas, asyik bising je!"lebih kurang macam itulah bunyi. oh ya, kalau nak tahu dulu Faizil selalu pakai songkok. dari tadika sampai darjah 1. darjah 2 aku tak tahu sebab aku pindah.ahaha.

4.nama kawan yang paling aku ingat ialah Fadzilah sebab dia anak kawan ayah aku. dia ini cantik woo, putih gila, tak macam aku masa kecil-kecil, gelap. selain itu ada budak nama Ummu Aiman (macam itu kot nama dia) sebab dia anak Cikgu Yazid. lepas itu ada sepasang kembar, aku rasa seorang Zaini, seorang lagi tak ingat, tapi siries kembar ini comel.

5.aku pernah disuruh baca doa di perhimpunan. aku pon tak paham kenapa. tapi yang aku ingat, siap aku disuruh praktis dalam kelas.

6.pertama kali aku tengok pokok kacang tanah masa di sekolah agama. kawan aku yang kenalkan. siries, aku nampak kacang tanah itu.

7.ok, ini rahsia yang dah lama aku simpan. mak aku tak tahu aku rasa, tapi tak tahulah kalau dia buat-buat tak tahu. aku pernah...terberak dalam seluar. isyh isyh isyh. ini semua salah tandas sekolah yang terlalu busuk. sengal betol.aku tak bersalah sebab aku baru lagi masuk sekolah itu. unfamiliarity okeyh. tapi bab-bab tandas awam aku saaaangat memilih. aku rela tahan selagi boleh tahan daripada masuk tandas awam. ok, jangan suruh aku hurai poin ini dengan lebih lanjut, aku takkan layan permintaan itu.

8.aku suka berjalan bawah pokok saga tepi padang sekolah. sebab yang merah itu saga.hehe.

9. pada tahun ini, satu-satunya adik perempuan aku lahir. tapi dia meninggal dunia tak lama lepas dilahirkan sebab tali pusat yang terbelit lehernya. dikebumikan di muar. di tanah perkuburan yang sekangkang kera sahaja dari rumah atuk aku.

10. tak lama selepas peristiwa no.9, sekitar pertengahan tahun, aku dan keluarga berpindah ke muar. duduk kampung. 6 tahun setengah aku duduk di felda selanchar sebab ayah aku kerja di situ. tapi selepas itu, walaupon dah pindah muar, ayah aku masih kerja di felda. dia akan balik rumah setiap kali hujung minggu.

11. sebelum pindah, aku dapat hadiah perpisahan. Cikgu Rahimah bagi hadiah-kalau tak silap aku bekas pensel warna biru tua ada gambar sylvester cat dan ada sifir 1 sampai 12 kat belakang penutup. aku tak tahu mana pergi sekarang. sedih, huhu. selain itu, aku dapat hadiah pensel warna luna 24 batang, tak ingat siapa yang bagi. sedih sebab bila masuk sekolah baru, budak-budak pau kaler aku sampai cepat pendek.huhu. apa-apa pon, bila dikenang-kenang balik, terharunya aku rasa.



bagaimana kesudahan cerita ini?dapatkah biskott mengharungi hidup barunya di tempat baru (eh tempat tak baru sangat sebab kampung sendiri saja pon.hehe) dan sekolah baru?nantikan.


-habis-

3 ulasan:

hafizKAMID berkata...

owh x tau lak ko ad efer ngan faizil
kuang3

anjut berkata...

haha!aku ingat pensel box yg besar gedabak tu kanaku nyer gambar ultraman, penutup magnet n ada pengorek kat tepi dia.huhu!n pensel kaler, aku pun suka beli sebab warna warni, tp asyik kena pau jer, last2 aku guna crayon 'buncho' sebab tak ramai budak yg suka crayon. ermm, pokok kacang?ingat lagi projek kacang tanah ngn pokok jagung belakang rumah aku, serta kolam ikan yg akhirnya abg aku kena piat telinga sebab suka suki jer korek lubang mcm liang lahad belakang rumah!hahaha!best nyer jadi budak kecik!!!!

biskott berkata...

jawa:affair kecil-kecilan je.muahaha.

anjut:best best!tapi part kena pau tu tak best la.haha. tak bagi kang kata kerek pulak, tak pon dipulaukan.hehe.tapi siries tengok pokok kacang tu kagum gilerr masa tu!