sepatutnya kena habiskan nota sembelit.
tapi sembelit gak lah aku nak habiskan. esok dah periksa. huahua.
tak apa, tak apa, positif positif.
pusing-pusing tadi, cik Anum tag aku. hihi, aku dengan sukarelahati buat (alasan tag sebagai escapism daripada meneruskan pembacaan nota sembelit?hehe)
1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?
biskut rendam kopi o.
Biskut ialah nama samaran yang diberikan oleh seorang kenalan siber yang harus dirahsiakan identitinya (waicheh). dia bagi nama Biskut sebab saya selalu tiba-tiba offline ketika ym dengan dia, lepas itu online semula. macam satu iklan biskut yang pernah popular satu ketika dahulu: kejap ada, kejap tak ada. kenapa rendam kopi o? sebab biskut kawan rapat kopi o. selain itu kopi o saaangat sedap. serius.
2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
biskutbercherita.blogspot.com
tafsiran Biskut sama macam jawapan nombor 1. kenapa cherita instead of cerita? sebab bunyi macam klasik. hehe. macam perkataan chawan, chermin. saya suka benda-benda yang nampak macam klasik.
3. Apakah 'method' penulisan anda?
penulisan santai (waicheh lagi). kebanyakannya berkisar kehidupan sendiri sehari-hari. buang yang keruh, ambil yang jernih. bagi tilam lama kat apek naik lori, beli tilam baru. tilam, tilam, tin tin tin tin.
4. Pernah terfikir nak hapuskan blog anda?Sebabnya?
pernah. sebab? saya tulis macam budak-budak. haha. tapi tak jadi hapuskan, sebab tiba-tiba rasa ketagih pula. hebat, hebat.
5. Apakah pendapat anda mengenai blog pemilik blog yang tag anda?
simplysarah Anum. blog dia menyentuh jiwa saya. serius, tak tipu. saya suka baca blog dia pagipagi. kenapa pagi? sebab pagi merupakan permulaan hari saya, kena mula dengan benda-benda positif. hehe.
6. Senaraikan 5 orang yang anda ingin tag.
ateem, jawa, amar, azham, anjut. tiada paksaan. lakukan tag ini jika anda mahukan escapism seperti saya. haha.
-habis-
Isnin, April 13, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Sembelit juga di sini akibat geli hati dgn cara menulis Biskott yg unik. Jadi sgt senang hati dan gembira membacanya.
p/s: Aku juga suka singgah kat blog ko. Sbb CERIA. ^^ Bikott CERIA vs OREO?? =P
hahaha!sokong makcik sarah...ehh?kalau org tak tau kau ni, mesti dirg ingat kau ni 'plain' jer, kalau diorg baca blog kau, baru diorg tau yg ko ni jenis mcmana..paham tak aku ckp ni?sorry la, malay aku dah tunganglangang!hehehehe!!!!
anum: terima kasih! =D
isyh, tapi jangan sampai sembelit pulak. sila pastikan anda mengambil fiber yang cukup ya.
anjut:paham paham.hehe.wahwah. malay pon dah tungganglanggang ye =P
Catat Ulasan