Jumaat, Disember 26, 2008

aku bau lada hitam

semester baru dah mula.
sekejap betol masa berlalu, tinggal lagi setahun setengah nak habis, InsyaAllah.

kelas pon dah mula.
awal-awal inip semangat tu ada lagi. tak tidur masa kuliah. tapi tengoklah minggu depan nanti macam mana agaknya.
kali inip aku masih lagi mengambil banyak subjek-8 kertas. mungkin aku rasa akan menggila lagi.
apa-apa pon, tuntutan unit pengijazahan yang banyak itu (143) kena juga dipenuhkan.
kalau tak bila aku nak habis?!
tapi bila fikir-fikir-fikir-fikir semula: dulu masa SPM aku boleh saja ambil 12 kertas. jadi sepatutnya apa hal sajalah kan dengan 8 kertas?haha (berfikiran positif)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

orang-orang sekeliling selalu kata aku berfikiran positif dalam banyak hal.
memang pon. tapi tak semua hal lah.

tak eloklah berfikiran negatif. tak elok juga bersangka buruk.
sebab kadang-kadang buleh membunuh.
bunuh semangat dan motivasi diri, bunuh perhubungan baik sesama rakan, bunuh ayam (sebab kao saspek dye curi makan makanan kucing kesayangan kao).
bagi aku lah.

bagi aku lagi,
berfikiran positif atau menyebarkan aura positif adalah menenangkan.
tak payah guna anti-depresan.hehe.
contoh:

A: alaa..apsal dye tak balas sms aku ni?
B: alaa..dye tak ada kredit kot. tak pon dah expired.
A: rtapi, dye baru topup semalam.
B: oh, dye pergi tandas lah kot.
A: hmm, yelah kot. tak buleh tahan dah agaknya.

buat apa nak susah-susah fikir dye benci aku ke, dye merajuk ke, dan lain-lain.
buat serabut otak, nanti lagi stres dan depresi.

selain itu, menyampaikan aura-aura positif kao adalah satu cara yang boleh sedikit-sebanyak mengurangkan, memendekkan atau mematikan sesi umpat-umpatan atau gosip-gosipan yang baru bermula.
contoh:

P: eh, semalam kan, aku nampak dye dating dengan sorang pompuan kat khaleel. macam manalah orang tak hensem macam dye buleh ada awek?
Q: adik dye kot.
P: takkanlah adik. mesra lain macam je.
Q: eh, aku hutang ko sepuluh ringgit. nah ambik. (tukar topik)

berfikir secara positif juga boleh membina semangat untuk memajukan diri dan berjaya.
contoh:

monolog seorang manusia yang tak dikenali:
'aku rasa aku mampu dapat gred yang lebih baik. jadi, aku kena usaha lebih sikit.'

tapi dalam situasi tertentu, kita kena berfikiran negatif.
sebagai langkah berjaga-jaga.
contoh:

di puduraya,
G yang tak dikenali: tolong tengokkan beg saya ya. saya nak pergi tandas sekejap.
H:( ni betol ke tak ada apa-apa ni. entah-entah ada dadah ke. kalau aku ditangkap bersama-sama beg ni yang kebetulan ada dadah, mati aku.) ok.
G yang tak dikenali: (pergi tandas)

kalau dalam situasi macam inip, lebih baik korang berdiri jauh-jauh sikit dari beg itu. kira tengok dari jauh lah.
buatnya betol-betol itu beg dadah, kalau jauh-jauh sikit, kao bukan suspek utama kot kalau tiba-tiba ada pemeriksaan ke apa ke.
tak pon kalau sangat takot, kao orang cakaplah kao orang dah nak naik bas pon, tak buleh nak tengokkan.
zaman sekarang inip macam-macam bahaya ada.
macam-macam cara orang buleh guna nak seludup barang, nak ragut orang, nak rogol orang.
bahaya kalau kita terlalu berfikiran positif atau bersangka baik dalam situasi-situasi tertentu macam inip.
orang tua pon buleh seludup barang tahu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

petang inip ada projek ala-ala projek Geng Bas Sekolah.
projek barbeku 5 orang.
barang-barang dan persiapan semua dah siap.
harap-harap berjalan lancar semuanya.

-habis-

2 ulasan:

Mh berkata...

yes,bagus aa kau jadi optimistik.

Disebabkan aku buruk sangka,stakat ni aku dah kehilangan perempuan,masa dan duit.sekian.haha,

study elok-elok.

biskott berkata...

marilah kita sama-sama bersikap optimistik.

aku akan cuba belajar lebih elok-elok.
hihi.