Khamis, April 29, 2010

semua orang gembira bila tinggal 1 paper

as for me,
i don't know.

deep down inside,
i don't want this to end.



oh well.
do pray for me, ok?
tomorrow is the D-day.


i'll do the best i can do.
*last paper pun boleh tahan membunuh. applied therapeutics kot.

Rabu, April 28, 2010

LI buat origami

biskott meri: weuyyy
biskott meri: hoit
biskott meri: apa cer LI
lil' bro: aaa
lil' bro: boooooossaaaaan
biskott meri: haha dgr2 moto mati tgh jalan?
biskott meri: dah tu?
lil' bro: haah
lil' bro: menyorong aa
biskott meri: dah tu tak lambat ke?
lil' bro: lambat la
lil' bro: setengah jam
biskott meri: haha bos kata apa?
lil' bro: xcakap ape
lil' bro: sebab die x tau HAHAHA
lil' bro: hari first biase ar
biskott meri: hahaha sengaaaal
biskott meri: boleh pulak dia tak tau
lil' bro: dah die sibuk
biskott meri: li buat apa je?
biskott meri: apa yg bosan?
lil' bro: buat origami


adik aku. sengal. sengal sengal pun dia je laa adik yang aku ada. kecik-kecik gaduh dengan dia je (sebab aku tak gaduh dengan kakak dan abang aku sebab jauh beza umur). lepas itu bila dahi dia terhantuk kat bucu pintu masa raya tahun bila tak ingat sampai berparut sikit lagi nak jadi harry potter, aku gak yang kena piat telinga (aku tetap rasa tak bersalah. siapa suruh dia lari-lari dalam rumah masa maghrib haha). dia la yang paling kerap kena kurung dalam jamban dulu-dulu sebab merengek mintak mainan yang bukan-bukan dengan mak aku, padan muka (zaman tu kalau kena kurung dalam jamban macam gila bersalah ar haha dan hukuman tu macam teruk gila la konon-konon. zaman sekarang ada?)

dah besar-besar ni, memang kena bebel dengan aku laa. bangun lambat, asyik tido, dan aku saspek dia yang letak hentai dalam laptop aku dulu tanpa aku sedari sampai diserang trojan, sampai orang yang repair tu tuduh aku tengok hentai macam cilakak (tapi aku malas nak sound part ni). heh rupa macam nerd rupa-rupanya ada hati nak tengok hentai haha. takpe, dia dah insaf kot sekarang. haha.

tapi dia baik. aku suruh dia buat apa pun, patuh je haha. suruh beli kicap, dia pergi, suruh on TV, dia on-kan, suruh buang sampah, dia buat, suruh buangkan bangkai cicak yang sungguh menggelikan, dia buat gak.


heh apahal aku cerita pasal adik aku.

Isnin, April 26, 2010

mengarut

apa yang ada,
cuma hati yang kecil.


:(

Selasa, April 20, 2010

rumble mumble 6

air merah, air biru, you marah, i love you. haha


aku tak suka air stroberi.
tapi air stroberi makcik CG ni sedap.
ketagih dowh.
air biru ni pun sedap.

tapi wa cakap lu, sirap selasih dia lagi masyukkk.
aihh lama dia tak buat.
aku nak request kat dia, malu heheh.
lagi satu, muka dia macam ketat sikit. haih.





*pic by me, kamera henset 2mp saja.

Sabtu, April 17, 2010

notis 24 jam

aku mengambil keputusan untuk membuang entri-entri awal blog ini.
haha.
sebab aku tak sanggup baca bila baca balik.
jadi tinggal 200 daripada 200 berapa puluh entah.

tak apa, aku letak tarikh mula-mula aku mengada buat blog ni.
8 februari 2008.

takdela aku lupa nanti. hohoh.

rumble mumble 3 (? - oh, sebab tertinggal no.3 hehe)

Makcik lepas sarapan pagi. dahlah misai bengkok bengkok - pic credit to my sister:omnia II baru beli kot

introducing, our new cat (ceh perasan kucing sendiri, padahal kucing orang lain), we call her Makcik. dia dah beranak haritu, tapi anak-anak dia semua orang dah book. aku berhasrat nak book dia boleh?haha.

since Bubun@Baboon dah tak ada (i think dia dah RIP huhu),dia lah satu-satunya kucing yang ada kat rumah. tapi itu pun dia datang untuk waktu makan saja. timing makan selalu betul kot, tak missed.

Jumaat, April 16, 2010

bila diri ini dikhianati.

kecewa. sedih. rasa nak mengamuk pun ada.
huhu.










tadi aku order mcd delivery.
aku dah lama tak makan mcd, jadi aku order menu kegemaran aku: Big Mac.
kenapa aku suka Big Mac? sebab dia ada 2 lapis daging, tinggi sampai susah nak masuk mulut aku yang comel ni.
lagi satu sebab dia ada timun jeruk tu.


perkara pertama aku buat ialah letak sos kat daging dalam lapisan pertama.
tapi,



tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang tak kena.
apasal lain macam je BigMac aku ni.




aku angkat lapisan pertama roti+daging tu.
jumpa roti untuk fasa lapisan kedua.
aku angkat roti tu.
daaaan,
aku nampak sesuatu yang saaaangat TAK PATUT.







TAK ADA DAGING KAT LAPISAN KEDUAAAAAAAA.
:(

bangang.
gilaa sedih.
nafsu makan dahlah tengah membuak-buak.
tiba-tiba jadi macam ni.



tapi aku boleh buat apa.
delivery. bukannya makan kat restoran.
kalau kat restoran, senang la aku nak tukar.
huhu


lastly, aku makan juga.
kan tadi aku cakap BigMac tinggi sampai agak susah nak masuk dalam mulut aku yang comel ni.
tapi tadi cepat je aku habis makan sebab BigMac tak lagi tinggi :(
makan pun tak ada perasaan.
huhuh.



:(

Khamis, April 15, 2010

rumble mumble 5

budak-budak sekolah sekarang matured ah.
maju pulak tu.

aku yang dah berumur 23 tahun ni pulak macam budak-budak,
malu rasanya.

Selasa, April 13, 2010

rumble mumble 4

yang aku perasan, makin dekat nak exam, makin rajin kot aku buat entri kat sini. hahah


*makan ketam nyam nyam sampai nampak taring-pic credit to Aida, edited by me*


makan ikan bakar kat teluk tempoyak semalam. ramai-ramai 13 orang je.


lepas itu pergi karaoke. sikit-sikit 4 orang je.
tak sangka boleh menyanyikan Ooh La La KRU dengan baik.
90's punya rap woi. haha.

Isnin, April 12, 2010

muvi muvi mesti tonton

sejak akhir-akhir ni selalu buat marathon menonton muvi. tiba-tiba hari ini terasa rajin nak buat reviu pasal muvi yang mungkin patut anda tonton. hoho. (tengok tajuk macam banyak noo muvi nak di-reviu padahal dua je. haha)


okey, muvi ni aku baru berkesempatan tengok malam tadi. Departures a.k.a. Okuribito. filem yang menang Academy Award for Best Foreign Language Film di Oscar 2009 dan 10 Japan Academy Prize Awards. sebab menang2 award ni, aku rasa nak donlod dan tengok. hasilnya?

cerita ni best memang patut menang award! tapi untuk orang-orang yang menghayati lah. kalau rasa nak actions, tak payah lah nak tengok cerita ni sebab cerita ni slow and steady je. tema utama cerita ni pasal kematian. pelakon utama, Masahiro Motoki (Daigo) bekerja sebagai seorang yang involve dengan upacara menguruskan mayat. nak cerita lebih2 tak syok pulak. but then as the story goes along, banyak nilai-nilai murni pasal kekeluargaan yang dipaparkan. part kelakar masa awal-awal Daigo dapat kerja ni. serius lawak. mesti tonton sebab aku bagi 4.9 stars kot haha. pelakon2 dia semua mantap, terutamanya Masahiro Motoki, dahlah comel haha. muzik latar pun best, shots pun cantik.
link jumpa di sini.


seterusnya haa muvi yang telah membuatkan mata aku bengkak sehari.


Hachiko: A Dog's Story. aku bagi 4.9 stars lerr sebab berjurai-jurai air mata ku sampai roommate rasa hairan kenapa perempuan ni asyik kesat-kesat mata dengan tisu. tapi tak tau la kot aku terlebih sentimental haha. kalau nak tengok cerita ni get ready la dengan tissue papers hohoh. tema utama cerita ni: kesetiaan. cerita ni based on a true story that happened in Shibuya, Japan. seekor anjing yang setia tunggu tuan dia sampai ke akhir hayat. tapi ini cerita omputeh la. tak banyak sangat dialog, tapi lebih kepada ekspresi emosi (chewah). anjing dalam cerita ni comel gilaaaa, rasa nak peluk je. pelakon utama: Richard Gere.
link jumpa di sini.


both movies are recommended. mesti tonton. okey?

Selasa, April 06, 2010

entri banyak gambar




tiba-tiba rasa nak letak gambar benda-benda yang ada kat bilik aku. sori la, gambar biasa saja, guna kamera henset 2MP saja.

*kalau kamu rajin, cari komtar di gambar terakhir.
*aku tak ada mouse-pad untuk alas tetikus aku. jadi aku guna kertas A4 saja. agak menyedihkan haha.
*aku suka tetikus tu sebab leper. sebab itu aku cilok daripada kakak aku (dia pun peram je dalam kotak, apa barang)
*tabung kucing aku dah nak penuh. yihaa simpanan untuk masa depan.
*aku tak pernah guna meja untuk study. sebab aku cuma study atas katil. aku rasa katil lebih memberi inspirasi haha.

hari ini aku rajin kemas bilik. mungkin mood aku terlebih bagus. sebab aku jarang serajin ini haha. kalau mak aku tau ni, mesti menangis kot, terharu. dia saja paham: aku memang tak suka kemas rumah. kalau aku buat, bermakna hari itu aku sangat enthusiastic. heheh.