Isnin, Mac 29, 2010

jalan-jalan cari makan: pasembor padang kota

just so you know, sabtu haritu pergi dating dengan siti rohani. motif? aku cuma nak makan pasembor kat padang kota.




hoho aku punya pasembor bernilai RM16!(tapi yang dalam gambar ni dah 3/4 aku makan) *batuk batuk* aku tanya harga gak tapi bukan untuk setiap benda DAAN aku tak tanya harga seekor udang berapa berlagak gila. naah, rasakan. pick here, pick there hambik ko 16 hengget. tips: tanya harga SETIAP benda TERUTAMANYA UDANG HAHAHA. bila korang tau harga setiap satu, korang boleh bajet dengan betul dan mungkin tak melopong la bila nak bayar haha. btw, aku pick kedai Hussain secara rawak. dan aku memang rancang nak makan pasembor ada udang pun. penuh gak perut aku sampai terbantut hasrat aku nak makan kerang bakar dan ais kacang.

rasa dia? bagi aku okey la. cuma kalau kuah dia lebih pedas, lebih kick kot (sebab aku suka makan pedas).

untuk sesiapa yang tidak punya kenderaan bermotor tapi nak pergi makan pasembor di padang kota (macam aku), mudah saja. naik bas shuttle percuma dari komtar (perhentian 9 lah senang). perhentian 9 tu bawah komtar, dekat saja dengan tempat bas rapid selalu masuk tu, dan kedudukannya tepi jalan besar, depan kedai mustika ratu (kalau hampir sesat, tanya orang, sebab malu bertanya sesat jalan). naik bas shuttle di situ (jangan mengada nak bayar sebab percuma) dan berhenti di perhentian 18. turun di perhentian tersebut, lintaslah padang itu dan lewatilah tempat orang selalu dating tu, sampai ke medan selera padang kota. ada banyak gerai, pilih lah mana-mana yang korang rasa terbuka hati nak pergi. baru mencabar haha.

oh ya, kalau korang suka nak pusing-pusing georgetown untuk pergi tempat-tempat menarik yang ada seperti muzium dan lain-lain, naik saja shuttle bus percuma ini. kalau nak tau perhentian mana yang dekat dengan tempat korang nak pergi, aku bagi link ini untuk rujukan. okey?

sekian entri ala-ala travel log ini. heheh.

3 ulasan:

Datema berkata...

aku pntang betul gmbar makanan dlm blog!
terngiuuuur!

Raihana Bahru berkata...

salam..
dibah,aku xpnh le jln2 kt area pulau lg...huhu...takat plg jauh pn pi butterworth jek..huhu...tp plan nk gi jln2 kt pulau abis ni...hehe..pasembor tu ade ape lg??cm sdap jek...

biskott berkata...

ateem: haha kaan. padahal pasembor je punn. ini baru kamera henset 2MP. belum slr ke dslr ke segala mala haha.


rai:pasembor ni macam rojak. isi dia boleh pilih2, nak tauhu ke, telur ke, suka hati, ada macam-macam. tapi tu la kena tanya harga setiap satu. takut syok pilih, kang melopong masa dengar dia sebut harga. hehe.