Sabtu, Mac 14, 2009

kesempatan

benarlah kata orang,

"siapa yang sibuk itu sebenarnya punya banyak masa"


-Anum ada kata rasanya, Dr. Bib pon ada kata macam itu.


aku tak pernah sesibuk ini (selalu aku buat-buat tak sibuk tak pon aku sememangnya selalu membuang masa). semestinya semester ini buat aku tak senang duduk. bak kata orang: bontot panas wei.
iya, kesibukan banyak mengubah diri aku sejak akhir-akhir ini (kot. tapi aku yakin mengenai hal ini).

1. kesibukan menjadikan aku lebih menghargai masa.

hari-hari aku dipenuhi dengan melayari jurnal-jurnal, kelas gantian untuk habiskan silibus, mengulang kaji untuk menyiapkan laporan amali dan tugasan, dan semestinya mengulang kaji untuk kuiz yang berderet-deret. kurang masa aku untuk berjalan meronggeng di luar. kurang masa untuk aku berangan depan laptop tak tahu nak buat apa. kurang masa untuk aku tidur berlebih-lebihan. hari-hari aku lebih sistematik, ada perancangan.

2. kesibukan menjadikan aku lebih menghargai perpustakaan universiti.
bersyukur. zaman serba moden ini, semuanya di hujung jari. akses jurnal secara percuma di e-perpustakaan. nak cari nombor siri buku pon senang. percaya atau tidak, aku banyak kali berulang-alik ke perpustakaan semester ini. sila tepuk tangan.

3. kesibukan menjadikan aku lebih menghargai keluarga dan rumah.
aku rajin menelefon mak dan ayah (ada inisiatif nak telefon) sebab rindu. perasaan rindu rumah membuak-buak, kalah budak tingkatan 1 masuk asrama. tempat dan katil aku pon dah macam suasana rumah: baju-baju yang banyak menimbun, menunggu untuk dilipat. haha.

4. kesibukan menjadikan aku rajin (dalam sesetengah perkara sahaja).
rajin belajar, rajin membaca jurnal sampai mata berpinar, rajin pergi kedai fotostat untuk fotostat nota (selalu kirim orang), rajin muat turun lagu-lagu lama seperti Berjuta Batu dendangan Alleycats, rajin ym rakan-rakan untuk meluahkan perasaan.

pendek kata, aku masih lagi sibuk. haha. (motip??)

oh ya, aku dah ada teman baru. walaupon dia tak boleh bergerak macam kucing,
tapi dia setia menemani aku di tepi tingkap.

Noe si kaktus. duri tajam, hari pertama dah gigit jari kelingking kanan aku. hehe.

cakap pasal kucing, ada seekor kucing kat hostel aku ini dah sarat bunting, tunggu masa saja nak beranak. perut dia saaangat besar wei berbanding semester lepas.
(buat pengetahuan umum, tiap-tiap semester dia beranak sepanjang aku hidup nak 3 tahun kat uni ni. aktif betol dia, sihat pulak tu, anak-anak dia pon kebanyakannya jadi sebab dia pandai jaga. selesai membesarkan anak/anak dah boleh berdikari, dia akan buat anak lagi.)
kesian lah tengok dia. mengah dia naik turun tangga cari tempat. lepas itu duduk tersandar kat dinding. huhu.

apa motif aku cerita pasal kucing bunting??


ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

-habis-

8 ulasan:

anjut berkata...

hahha!walaupun kau kesian kat kucing tu, tapi pernyataan kau tu berbaur racist terhadap kucing!
hehehe!weh, aku rasa aku suka kehidupan yg sinuk, coz setiap masa berguna n dimanfaatkan...

biskott berkata...

uiks?
berbaur racist kah?
jap jap aku baca balik.

tapi kucing tu baik,
suka manja2.
hehe

Tanpa Nama berkata...

sape buntingkan kucing tu???

biskott berkata...

kucing juga semestinya.
hehe.
hmm, tak pastilah kucing mana.
aku suspek kucing warna kuning dari blok hostel sebelah.
sebab dia saja yang selalu datang mengorat.

Tanpa Nama berkata...

makin rajin ko dibah sem nih...
makin bergeliga la kepala hotak ko yang mmg sedia bergeliga tu...hehe
belajar2 jugak...
ronggeng pule jangan dilupa...
nnti gile asyik adap buku je..
btw...add aku di ym ko..
claw_tiger1987...
nnti aku nak jugak luahkan perasaan kat ko
hehe

biskott berkata...

hahaha.
itulah pasal, aku dah lupa cara nak meronggeng (waicheh).

ok, mari sama-sama meluahkan perasaan.
hehe.

anumz sarah berkata...

Biskott,

Aku juga hampir mati 'kelemasan' di sini. Baaanyak nk baca.

Kucing mmg banyak di USM. Rindu pula dgn USM. Nasib baik ada blog kau dibah. Hilang rindu ni. Goodluck utk preparation dan exam juga. Semoga thn 3 lebih cemerlang dan cepat grad. Huhu..ko kerja lagi cepat dari aku. So ko kena belanja dulu.hehe..^^

biskott berkata...

betul betul betul.
baaanyak nak baca.huhu.

all the best jugak untuk anum punya final exam.ehem,
aku tunggu ko kerja juga.lepas itu, kita belanja samasama, buleh?
heeee
=P