Sabtu, Mac 28, 2009

ENTRI PENUH RASA TIDAK PUAS HATI LAH KOT. HAHA

bila cakap pasal Earth Hour, mestilah juga berkait dengan pemanasan global.

bila cakap pasal pemanasan global, aku teringat pasal MEROKOK.
aku rasa MEROKOK buleh juga menyumbang kepada pemanasan global dunia.
kau orang rasa?


bila cakap pasal MEROKOK pula, aku rasa PANAS.
bukan PANAS sebab tak ada kipas. tapi PANAS yang bengang lagi mendidih.

meh aku nak cakap.


AKU BENGANG DENGAN ORANG YANG MEROKOK DI TEMPAT AWAM/KHALAYAK RAMAI DI MANA TERDAPATNYA BANYAK ORANG YANG TIDAK MEROKOK.

AKU LAGI BENGANG KALAU DIORANG MEROKOK DI TEMPAT YANG TERANG-TERANGAN ADA PAPAN TANDA 'DILARANG MEROKOK'. HELLO.. TAK SEKOLAH KE?TAK RETI BACA ABC KE? OO, MUNGKIN TAK FAHAM BAHASA MELAYU. TAPI MUKA MAKAN SAMBAL BELACAN.

DAHLA MUKA BERLAGAK MACAM BAGUS SANGATLAH HISAP ROKOK TU. LEPAS ITU HEMBUS ASAP KAT MUKA AKU.

BANGANG, STOKIN, BODOH BETUL (KAN AKU DAH MARAH DAN MENCARUT RINGAN-RINGAN-ringan ke tak?).


NAK MAKAN ASAP, MAKAN ASAP SORANG-SORANG LAH.
TAK APA, AKU TAK INGIN KONGSI ASAP-ASAP KAU ORANG ITU.

NAK HISAP ROKOK PERGI LAH TEMPAT JAUH DARI ORANG AWAM SIKIT. TEPI LONGKANG KE, PARKIR KERETA YANG SAAAAANGAT LUAS KE, PADANG BOLA KE. TAK PON PERGI SATU TEMPAT YANG PENUH DENGAN GENG KAU ORANG JUGAK. HISAP LAH ROKOK, MAKAN LAH ASAP SAMPAI LEBAM.

SIRIES AKU RASA MACAM NAK TERAJANG BONTOT SORANG-SORANG.


kenapa aku sangat bengang sampai guna caps lock? sebab aku teringat masa aku nak balik penang hari itu.

aku tunggu bas di stesen bas muar. mak ayah aku ikut sekali.
tengah-tengah tunggu, biasalah kan ramai orang. dan tiba-tiba pulak lah kan ramai orang merokok di tempat aku tunggu itu. WALAUPON ITU BUKAN ZON MEROKOK, SIAP ADA PAPAN TANDA LARANGAN MEROKOK LAGI. mula-mula 2 orang, lepas itu sorang-sorang mula menyertai aktiviti bangang itu. kira-kira ada jugak 10-12 orang merokok dengan asap berkepul-kepul-hembus-suka-suki-tak ingat-dengan muka-macam-bagus di tempat yang sama. WAH, KAU ORANG TAK KIRA ADA BUDAK-BUDAK KE, ADA PEREMPUAN MENGANDUNG KE, ADA ORANG TUA YANG TAK MEROKOK KE, ADA ORANG YANG ALAH ASAP-ASAP NI KE. YELAH KAN, BUAT APA FIKIR APA ORANG KATA KATA KAN, BUKANNYA KAU ORANG GUNA DUIT AKU BELI ROKOK KAN.

HELLO..AKU DAH TERBATUK-BATUK KUAT-KUAT MACAM NAK RAK DEPAN KAU ORANG PON BOLEH BUAT TAK TAHU. AKU SOUND DEPAN-DEPAN BARU TAHU SEGAN DAN ALIH TEMPAT. ITU KALAU YANG SEDAR DIRI INSAF SEKEJAP KONON. YANG TAK SEDAR DIRI TU , HEMBUS KAT MUKA AKU LAGI ADA.

aku rasa ini kali pertama aku dikelilingi sebegitu banyak asap sampai rasa macam nak pengsan, loya, semua ada. lari satu tempat, datang seorang lagi bawa asap. lari lagi tempat lain, ada juga orang sibuk-sibuk bawa asap. 5 KALI TAHU TUKAR TEMPAT. MANA LARAT LAGI NAK TUKAR 10 KALI. BLERGHH.


AKU ULANG, SIRIES AKU RASA NAK TERAJANG BONTOT SORANG-SORANG. KAKI AKU DAH RASA RINGAN SAJA NAK NAIK, TAPI NANTI KAU ORANG KATA AKU MELANGGAR HAK ASASI DAN PRIVASI MANUSIA.-BANYAKLAH SONGEH KAU ORANG PUNYA HAK ASASI DAN PRIVASI. ASAP YANG BERKEPUL-KEPUL MASUK DALAM PARU-PARU AKU TANPA KERELAAN AKU SENDIRI, KIRA KAU ORANG DAH LANGGAR JUGA HAK ASASI DAN PRIVASI PARU-PARU AKU. HAK ASASI AKU JUGA.

HAH, PUAS HATI AKU GUNA CAPS LOCK.

aku tahu memang susah lah kan nak kawal rasa nak hisap rokok itu, tapi TOLONGlah cari tempat yang sesuai.

aku rasalah kan, patut diwujudkan lebih banyak zon merokok. buat bilik tertutup, letak penghawa dingin, jangan ngada-ngada nak 'open-air'. haaa, hisaplah sampai lebam dalam itu ramai-ramai. hahahahahahhahah.

*entri ini diinspirasikan daripada entri Anjut yang ini. aku pon tak tahu apa kaitan entah dengan entri dia, tapi ada lah juga kot kait-mengait aku rasa.

-HABIS- (ini pon nak caps lock juga)

5 ulasan:

hafizKAMID berkata...

sabar2..

Datema berkata...

hahah...sabar dibah!haha..but funny gile..
tapi kan kalo aku kan mesti rase nak trajang sengsorg gak..hohio

biskott berkata...

jawa: tengah sabar lah tu. kalau tidak, aku rasa aku dah jadi incredible hulk yang disegani di muar.haha.

ateem: betul betul. memang siries ringan dah kaki nii. hehe.

anjut berkata...

owh biskoot, huhu..memang agak tak mementingkan diri sendiri la diorg tu, tapi mcm aku ni (honestly la) aku tak rasa kacau kot (maybe aku lelaki, so mcm da biasa...lgpun 4 org adik bradik lelaki aku yg lain semua smoker, aku jer tak..bagus kan?hahaha!). kalau nak mati, mcm cara pun bleh, tapi kalau la semua org pandai nak jaga hati org lain, kan lagi bagus, merokok la di tempat yg mmg khas tuk diorang kan?tp kalau pergi public toilet ni, aku prefer berak kat jamban lepas perokok, coz bau rokok lagi menyelerakan dari bau bahan buangan diorang tu..huhu..pendapat jer la tu..

biskott berkata...

anjut:huhu.abang aku pon smoker gak, boleh tahan lagi lah kot sebab dia seorang je smoker dan dia tak smoke dalam rumah.

aku hangin giler pasal mungkin sebab aku rasa macam nak collapse dah kat situ dan dah tak tahu nak lari ke mana lagi.
aiyoo.