Ahad, Mei 17, 2009

omong kosong

*sapu sapu segala sawang*

bila aku duduk rumah, aku malas nak online.sebab?internet sangat lembab.tapi sekurang-kurangnya boleh juga nak pusing sikit sikit serta men-download mana-mana yang patut walaupon tak seaktif dulu.lagipon aku guna internet jalur lebar maxis kakak aku punya, takkan aku nak lanyak hari hari, segan lah aku kan konon-kononnya (tapi guna juga hari-hari)

insyaAllah 25 mei ini aku terbang ke Bandung untuk projek baktisiswa luar negara anjuran pusat pengajian aku dengan kerjasama UNPAD.kalau aku cerita pasal hal ini dengan orang, selalunya orang akan tanya kenapa mesti berbaktisiswa di negara orang?kenapa tak di negara sendiri?
aku jawab soalan ini awal bulan jun nanti ya.hehe. apa-apa pon, aku mengambil peluang ini untuk melihat-lihat tempat orang sementara masih ada kesempatan.bak kata tagline jalur lebar maxis yang ada pada beg hijau di tepi aku ini: see more, learn more (nota: aku tak ada apa-apa kaitan dengan maxis. aku setia dengan celcom.haha) harapan aku: aku akan cuba lakukan yang terbaik!

mungkin aku patut mula belajar bercakap macam orang Bandung.hoho.


notakaki: terima kasih kepada adik aku sebab bagi pendant yang comel gilerr. terharu aku sob sob sob. aku tahu sebenarnya kau beli untuk perempuan yang kau minat itu tapi kau segan nak bagi kan?kan?hahahahahahahahahahaha.apa-apa pon, aku ambil saja, orang dah bagi kan.hehe.

1 ulasan:

hafizKAMID berkata...

pendant tu pe??