Sabtu, Januari 31, 2009

mari mari buat-buat tak ada kerja

oh, aku baru terperasan bila melompat macam tigger ke blog Amar (aku suka tigger okeyh sebab dia buleh lompat pakai ekor. aku tak suka pooh sebab dia macam pemalas.haha-matilah kena tembak dengan peminat pooh).

kena tag.
kebetulan aku tengah tak ada kerja (buat-buat tak ada kerja sebenarnya).


senaraikan 10 perkara pasal si dia yang menge'tag' saya :
  1. dia dulu satu dorm dengan saya masa form 5 (dorm E06.penat nak jerit kalau nak minta tolong campak barang.haha).
  2. dia sekarang ambil dentistry di Indonesia (i still remember what you wrote in my autograph book. you'll be that cute dentist, InsyaAllah)
  3. saya akui dia comel (tapi saya lagi comel lah.haha).
  4. yang saya tahu, dia suka warna merah jambu dan ungu.
  5. seingat saya, dia ini meriah dan ceria orangya.
  6. dia suka kepada benda-benda yang comel.
  7. saya yakin dia lebih hebat dalam matematik berbanding saya.
  8. dia rapat dengan ateem dan ruq
  9. saya tahu dia baik hati.
  10. kenapa saya rasa dia makin tembam?(mungkin sebab saya dah lama tak jumpa dia. mungkin imaginasi saya semata-mata.hehe.)
Novel kegemaran saya
  1. to kill a mocking bird (satu-satunya buku tebal-tak-tebal-sangat perpustakaan smapk yang sempat saya habis baca)
  2. the five people you meet in heaven (yang paling saya suka)
  3. twilight saga (tapi saya belum beli yang keempat:breaking dawn)
  4. oliver twist
  5. dr jekyll and mr hyde
  6. teja (kegemaran saya waktu sekolah rendah)
  7. tuesday with morrie (tapi tak habis baca lagi)
  8. tiada setakat ini
  9. tiada setakat ini
  10. tiada setakat ini
5 benda kesayangan saya
  1. laptop
  2. henfon
  3. kasut converse.huhu.
  4. wallet.hehe.
  5. gelang yang saya tengah pakai sekarang.
Tag pergi kepada:

sesiapa yang baca ini dan rasa tak ada kerja nak buat. hehe.


-habis-

budak baru

malam tadi aku dapat khabar berita dari arah selatan.
semestinya daripada mak aku.

alhamdulillah, kakak aku selamat melahirkan anak keduanya.
kali ini, perempuan.
nama dia?tunggu lagi beberapa hari aku tanya.
sebab mesti tengah pikir-pikir lagi nak letak nama apa.

apa-apa pon, tahniah!
Akmal Najmi dah ada adik!

*tiba-tiba aku rindu kat Akmal Najmi. uhh,nak balikkkkk! (tiba-tiba)

-habis-

Jumaat, Januari 30, 2009

apa nak jadi dengan diri kita?

aku terbaca muka depan Harian Metro hari ini.
boleh baca di sini berita penuh.

apa nak jadi dengan kita, masyarakat kita?
sampai terjadi perkara macam ini?

menghina orang disebabkan oleh masa lampaunya.

memang selalu macam ini. bukan setakat itu.
orang nak jadi lebih baik, dikutuk-kutuk.
orang rajin solat awal sikit, dikata perasan baik dan nak menunjuk-nunjuk.
orang yang dulu jahat tapi dah berubah, masih dihina.

adakah hati kita ini busuk sangat sampai tak boleh tengok orang jadi lebih baik?
patutnya kita berusaha juga untuk memperbaik diri sendiri.
ini tidak, nak kutuk, nak hina orang.
tapi entah-entah diri sendiri lebih teruk.

tak payah susah-susah jadi periuk hitam yang menghina cerek yang hitam (pot calling the kettle black).
tak payah nak gelakkan orang pakai seluar berlubang kalau diri sendiri tak pakai seluar (similar idiom with 'pot calling the kettle black' but in Uzbek language: sumber-wikipedia).



-habis-

Khamis, Januari 29, 2009

cbox kembali

dulu aku dah letak, lepas itu aku buang.
(masa itu aku baru buka blog ini)
sebab ada manusia mana entah,
dia kata wadefak la kat blog aku dan blog aku is soo noob.

aku paham la maksud dia (walaupon aku tak paham noob tu apa.haha.tak apa, aku cari kat urbandictionary nanti.haha lagi sekali).lebih kurang macam blog aku ni ntahapahapa lah, tak menarik.
mula-mula aku macam tak buleh terima (gelabah kan aku?). tapi bila pikir-pikir balik, buat apa nak gelabah kan?lantaklah kan orang nak kata apa, bukannya aku buat salah kan?kalau aku buat salah tuu lainlah cherita.

tak apa, aku sedar diri.
aku tak kreatif.
kehidupan aku tak adalah super-extravaganza pon. sekadar cherita biasa.
aku malas berfikir.
aku malas baca buku.
aku malas nak tulis in english. english aku pon bukannya hebat. aku tak dapat band 6 pon.
aku tak pandai berpuisi.
aku tak reti susun ayat sedap-sedap.
aku tak hot. cool pon tak. seksi pon tak.
aku tak reti guna photoshop nak bagi up lagi layout aku.
dan lain-lain yang aku tak.

tapi tak apalah kan. aku wujudkan balik cbox ni supaya kawan-kawan aku yang tersinggah sini buleh hubungi aku, terutamanya kalau ada yang nak update terkini ke apa ke kan. kalau orang lain singgah pon, aku terima sajalah. nak kutuk pon kutuklah. mulut orang memang kita tak buleh nak tutup, kan?

*sebenarnya cuma nak cakap cbox dah ada balik je.haha.