Rabu, Jun 17, 2009

kalau anda gembira, angkat kaki.

aduhh, aku rindu sama kamu wahai blogger. ini semua maxis broadband yang macam harammm punya pasal (tapi nak marah lebihlebih pon tak buleh sebab bukan aku yang bayar.hahahaha). tapi aku pasrah lah kan sebab aku tahu rumah aku yang terperuk jauh di hujung kampung inip memang payah sikit lah kot agaknya sampai streamyx punya signal pon tak buleh dikesan di rumah aku inip.

okeyh, nak stori sikit pasal 5 hari aku di bandung. pendek kata: gilerrr best! kami semua menginap di desa cipelah, sebuah desa yang dikelilingi oleh ladang teh. memang menghijau lah. ada juga rumah-rumah yang tanam strawberi, tapi kalau nak beli-belah strawberi, kena pergi satu desa lain (tak ingat pula apa namanya tapi situ memang merata-rata orang jual strawberi). persekitaran desa cipelah memang sejukkk. rumah mak angkat aku atas bukit, maka bila pagi-pagi memang tak lepaskan peluang menikmati keindahan ladang teh seluas mata memandanglah. memang tak tergambar dengan kata-kata. air pula memang sejukkk, air gunung beb. oleh sebab terlalu sejuk, aku ponteng mandi pagi. hahahaha. gilerr sejuk aku tak tahan, alang nak gosok gigi pon rasa macam nak kejang rahang aku.

laman rumah keluarga angkat aku


pemandangan dari laman rumah keluarga angkat aku (pagi-pagi yang indah beb)


ladang teh seluas-luasnya


desa cipelah tak boleh dipisahkan dengan teh.hari-hari pon minum teh. paling sedap teh yang tak bergula itu.hoho.

keluarga angkat aku. mak angkat aku yang kedua dari kiri, umur 25. bapak angkat aku yang lelaki itulah, umur 27. hoho, muda kan? yang macam artis itu kakak kepada mak angkat aku (dia minat gilerr siti nurhaliza dan search juga kot sebab hari itu dia nyanyi lagu isabella). yang tudung peach itu mak kepada mak angkat aku (kira nenek angkat jugalah.hehe)

masa di cipelah, aku belajarlah sikitsikit bahasa sunda sebab orang-orang di sini berbahasa sunda. nasib baik ada juga yang tahu berbahasa indonesia biasa, kalau tidak payah juga. tapi aku selalu juga tersasul cakap stail orang malaysia sampai budak kecik kat rumah mak angkat aku pon dah terikut. ha ha habislah.

cover album yang bakal keluar di pasaran tidak lama lagi. lokasi: kawah putih tajuk album: belum bertajuk

kawah putih ini satu tempat tumpuan juga sebab cantik. kawah gunung berapi, siap bau sulfur kuat gilerr. mula-mula nak pegi tangkuban perahu tapi tak jadi sebab jauh dari cipelah (sedih). kawah putih boleh tahan dekat dengan desa cipelah, tapi ok jugalah. sejuk pon sejuk juga.hoho.

oh ya, kalau cakap pasal bandung semestinya orang akan cakap: bestlaa dapat shopping kat bandung. uhuhuhu. kalau nak tahu, aku adalah orang yang tak habis guna duit rupiah aku. siap berbaki tak tahu nak buat apa sampai aku sanggup beli milo 5 ringgit dalam kapal terbang masa nak balik malaysia. entahlah, satu mungkin sebab aku tak berapa gila membeli-belah. kedua, sebab Pasar Baru (tempat kami membeli-belah) saaaangatlah sesak hari minggu (kami pergi hari sabtu) dan aku tak boleh sesak-sesak sangat, hilang mood aku nak membeli-beli. ketiga, diburu oleh kanak-kanak mahupon orang dewasa yang menjual rantai kunci dan beg, suruh aku beli. hmm, tapi 3 jam memang lah tak sempat nak jelajah seluruh Pasar Baru itu. selain Pasar Baru, kami pergi kawasan di mana terdapat pelbagai Factory Outlet Store (tapi aku tak beli apa pon kat manamana FOS, aku cuma beli sweater di tepi jalan gilerr murah-lebih kurang RM20 tapi tebal dan sedap woo). tapi untuk yang sukaaa membeli-belah, siries bandung memanglah tempatnya.

*gambar berjaya dimuatnaik.hehe

em, hari inip kakak ipar aku bersalin. tapi dia kena bedah, tak bersalin secara biasa. harap-harap dia dan baby cepatcepat keluar hospital. kalau tidak, aku ikut mak ayah pergi jb tengok kakak ipar aku tapi aku tak diizinkan ikut sama sebab ayah suruh aku temankan kakak aku dan anak buah aku kat rumah. huhu. apa-apa pon tak sabar nak tengok baby baru. hihi.

apa-apa pon, bulan jun inip aku gembira.hehehe.

*aku dah ingat nama tempat banyak strawberi tu-chiwidei
*nama anak buah aku yang baru: adam arif danish

-habis-

Ahad, Mei 17, 2009

omong kosong

*sapu sapu segala sawang*

bila aku duduk rumah, aku malas nak online.sebab?internet sangat lembab.tapi sekurang-kurangnya boleh juga nak pusing sikit sikit serta men-download mana-mana yang patut walaupon tak seaktif dulu.lagipon aku guna internet jalur lebar maxis kakak aku punya, takkan aku nak lanyak hari hari, segan lah aku kan konon-kononnya (tapi guna juga hari-hari)

insyaAllah 25 mei ini aku terbang ke Bandung untuk projek baktisiswa luar negara anjuran pusat pengajian aku dengan kerjasama UNPAD.kalau aku cerita pasal hal ini dengan orang, selalunya orang akan tanya kenapa mesti berbaktisiswa di negara orang?kenapa tak di negara sendiri?
aku jawab soalan ini awal bulan jun nanti ya.hehe. apa-apa pon, aku mengambil peluang ini untuk melihat-lihat tempat orang sementara masih ada kesempatan.bak kata tagline jalur lebar maxis yang ada pada beg hijau di tepi aku ini: see more, learn more (nota: aku tak ada apa-apa kaitan dengan maxis. aku setia dengan celcom.haha) harapan aku: aku akan cuba lakukan yang terbaik!

mungkin aku patut mula belajar bercakap macam orang Bandung.hoho.


notakaki: terima kasih kepada adik aku sebab bagi pendant yang comel gilerr. terharu aku sob sob sob. aku tahu sebenarnya kau beli untuk perempuan yang kau minat itu tapi kau segan nak bagi kan?kan?hahahahahahahahahahaha.apa-apa pon, aku ambil saja, orang dah bagi kan.hehe.

Sabtu, Mei 09, 2009

alam ria cuti sekolah

aktiviti alam ria cuti sekolah aku:

1.melihat-lihat kedai bapakku dari pukul 9.30 pagi sampai 12 tengah hari.
2.melayan budak umur 4 tahun makan, bermain, dan mengira. how many payung?
3.melihat kartun sepanjang hari sebab dipaksa.

malam ini aku duduk rumah sorangsorang. sebab kakak aku balik rumah mertua dia pula hari ini.itulaa, degil tak nak tidur rumah atuk. sekarang siapa yang tak boleh tidur lena?aku juga.huhu.



-habis-

Jumaat, Mei 01, 2009

pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.
suka atau tak suka, mahu atau tak mahu,
kena lalui fasa itu juga, kan?


3 tahun memang cepat berlalu.


kepada Citra dan Lestari, semoga sejahtera selalu. jaga diri. insyaAllah kamu akan dapat kerja yang baik. kalau umur kita panjang, mungkin kita akan jumpa lagi.

kepada Bunga dan Sheep, harap-harap aku masih boleh jumpa kamu lagi semester depan. kalau mini konvo tak ada, kita graduate sama-sama, ya?

huhu.



selamat bercuti kepada semua yang sudah mula bercuti.


-habis-