Selasa, Januari 27, 2009

percubaan

semalam aku muat turun photoshop cs2.
versi free trial untuk 30 hari semestinya.
saja nak cuba-cuba.

hari ini aku godek-godek photoshop itu.
jakun gilerr sebab sebelum ini aku memang tak pernah guna photoshop.
tapi gilerr penat sampai pening.
sememangnya photoshop tak mesra-pengguna (bagi aku lah.mungkin sebab aku lampi).
tapi aku gembira dan puas hati sebab berjaya melakukan sesuatu berpandukan tutorial di internet.


taraaaaaaaaaa.





aku berjaya mem-vintage-kan gambar setelah berjam-jam berpenat lelah.
haha.
penat dowh.
tapi puas hati.
siap hantar kepada Inchek Farreq dan Inchek Own lagik.
hahahahahaha.

abaikan caption yang aneh dalam gambar itu. aku tak tahu nak letak apa sebenarnya. maka, aku ambil inspirasi daripada contoh dalam tutorial.heheh.


sedikit trivia mengenai gambar:

*cermin mata itu adalah 'sunglasses' aku. tak ada 'power'. aku pakai sebab mata aku akan jadi merah bila terkena cahaya matahari-gilerr merah macam orang sakit mata. cerminnya fotokromik-bertukar jadi warna gelap bila terkena amaun cahaya matahari yang banyak. ditaja oleh ayah sebab dia yang beria-ia nak menaja.

*gambar diambil ketika bersiar-siar di tasik Harapan pada suatu petang yang nyaman lagi indah permai.




tutorialnya di sini.
kredit untuk photoshopstar. macam-macam ada. heheh.


nota kaki: apahal tiba-tiba buleh pula upload gambar?selalu susah sangat.uhh.

-habis-

Ahad, Januari 25, 2009

pengsan

data. checked.
Bentley's. checked.
Lieberman. checked.
Aulton. checked.
manual amali. checked.
pensel tekan-tekan. checked.
teh o' ais. double-checked.
meja yang kemas dan kosong.sasaran:meja Che Lia. checked.
laptop. on.

selak, selak, selak Bentley's. jumpa yang dikehendaki.
selak, selak, selak Aulton. tak ada. uhh, bosan.
selak, selak, selak Lieberman. jumpa yang dikehendaki.
wiki, wiki, wiki. bulehlah guna.


siap, sedia, mula.



jari menari-menari di papan kekunci dan touchpad.
data sudah lama siap diproses.
tapi bab discussions yang jadi hal.
mati kutu. buntu.
otak aku tak berapa berfungsi.
tak ada idea nak mula.
aku cuma perlukan satu perkataan magik.
dan segala-galanya akan berjalan dengan lancar.
itu jam pon buleh siap.

cuma satu perkataan magik yang aku perlukan.

hebat.
aku dah duduk sini 3 jam lebih.
masih buntu.
masih tak dapat perkataan magik itu.

adakah aku terlalu memikirkan benda yang remeh?
barangkali.
betul.
terlalu remeh.

benda senang pon buleh jadi kompleks.
tempoh singkat pon buleh jadi panjang.
masa yang dihargai pon buleh jadi terbuang.

aku dah penat.
esok sahaja aku siapkan.

misi: GAGAL.
rasa mahu pengsaan.

Jumaat, Januari 23, 2009

lagi edisi hebat bukan?

-aku tak balik cuti pertengahan semester kali ini.

-aku pergi perpustakaan buat pertama kali untuk semester ini (aku saaaaaangat malas pergi perpustakaan. kadang-kadang setahun sekali, paling baik pon satu semester sekali).

-aku pinjam 2 buah buku di perpustakaan: berkenaan praktis industri farmaseutikal dan kawalan kualiti yang terlibat (boleh bilang dengan jari berapa biji buku yang aku pernah pinjam di perpustakaan uni selama aku duduk di sini).

-aku ada empat laporan amali yang perlu disiapkan.

-tekaan aku betol: duit jpa masuk hari ini-pagi-pagi Fahmi mesej aku mengkhabarkan berita gembira tersebut (bendahari USM patut bekerja lebih cekap bagi memastikan duit jpa masuk awal untuk pelajar-pelajar yang mendaftar awal macam kami. apa kes pelajar uni lain daftar lambat tapi dapat duit dulu?).

-aku rajin basuh baju pakai tangan awal-awal pagi tadi. mesin basuh dah mahal-dulu 2 ringgit, sekarang 3 ringgit.

-rambut aku kembali bermaya dan bersinar. terima kasih perapi rambut safi.

-habis-

Rabu, Januari 21, 2009

bunyi macam serius lah sangat

dua hari ini aku agak moody.
faham-faham saja sebab apa.
tapi yang kelakarnya, ada orang perasan aku moody walaupon aku tak adalah amuk-amuk macam bandi amuk mahupon melenting sana-sini.
mungkin perubahan itu menjadi ketara sebab pada kebiasaannya aku adalah orang yang buleh-tahan-happy-go-lucky.

bila dalam keadaan moody macam ini,
biasalah, sebab benda kechik macam semut dah penyek pon nak kechik hati.

macam malam tadi,
aku kechik hati dengan kawan aku menyebabkan aku menangis sebelum nak tido.
padahal dia gurau light-light aja pon. tapi gurau agak pedas juga lah.
tapi kalau pada hari biasa-biasa, aku tak akan ambil kisah pon. nama pon bergurau (except that she really meant it. haha)

sempat juga aku terfikir.
adakah selama ini memang aku betul-betul buleh-tahan-happy-go-lucky.
ataupon itu sebenarnya sekadar satu medium untuk aku sembunyikan emosi negatif aku (sedih, marah, etc), terutamanya daripada orang-orang di sekeliling aku.
haha.

aku jarang marah-marah atau amuk-amuk atau melenting-melenting.
kalau aku marah light-light pon, lepas sesi kutuk-mengutuk bersama rakan-rakan, sejuk semula. kutuk-mengutuk pon light-light saja, tak berapa panas.
kalau aku saangat marah, aku menangis sorang-sorang masa nak tido atau dalam bilik air. bila dah lega, baru aku cherita dengan orang.

aku jarang sedih-sedih.
kalau aku bersedih light-light pon, lepas tidur sambil dengar mp3, baik semula.
kalau aku saangat sedih atau kecewa, biasanya aku simpan dulu sorang-sorang-menangis sorang-sorang di atas katil dan di bilik air. bila aku dah lega baru aku cherita dengan orang.

aku tak suka menangis depan orang lain. sebab aku rasa aku jadi seorang yang memalukan.
lagipon kalau aku menangis depan orang, nanti orang itu akan cuba menenangkan aku, dan aku akan menangis dengan lebih teruk dan hebat.
aku tak suka kelihatan teruk depan orang lain.

lagi sekali aku terfikir.
adakah selama ini aku seorang yang tak tahu nak ekspreskan emosi aku dengan betul.
mungkin juga aku hipokrit dengan diri sendiri. ego barangkali. di samping aku yang selalu berfikiran positif.
selalu sangat barangkali.
sampai kadang-kadang memakan diri sendiri dari dalam.

aku pon dah konfius dengan motif entri inip.
haha.


-habis-