Sabtu, September 06, 2008

hari masih hujan

aku dah beli tiket bas semalam. tapi aku ambik tiket melaka sebab tiket muar 25,26,27 dah habis. aku malas nak balik 28. huh, aku dah agak dah tiket dah keluar. ada ke patut orang kaunter itu bilang haritu tiket keluar minggu depan?!nasib baek aku tak pergi minggu depan. kalau tak, ada karang sejarah berulang: sampai rumah pagi raya.

semalam hujan sepanjang hari. hari inip pon masih hujan. baju aku dah berlonggok nak dibasuh. tapi, aku terpikir. nanti aku nak sidai kat mana?nanti sampai bila pon tak kering baju aku. nak sidai dalam bilik tak muat dowh-sebab baju aku baaanyak gilerr.lantaklah kao orang nak kata aku pemalas ke apa sebab aku basuh pakai mesin. musim hujan begini lebih mudah guna mesin. (musim tak hujan pon aku guna mesin jugak)

mungkin aku kena pergi jalan burma hari inip sekali lagik, buat survey untuk marketing assignment. inip semua pasal..aku tak tahu nak salahkan siapa. questionnaire kitorang hari itu tak ada demographic questions. padahal itulah yang paling penting sebenarnya. aku ingatkan questionnaire itu memang telah diluluskan. rupa-rupanya yang telah diluluskan adalah soalan-soalan di dalamnya sahaja. kiranya, tak dapat approval untuk satu set soalan yang lengkap dan sebenar.pulak dah. memang keciwalah bila aku dapat tahu. masa meeting semalam, ada yang mencadangkan agar tipu saja data demografik itu-cipta sendiri. tapi aku tak sedap hati dowh. cakap memang senang, siap buleh tersengih-sengih lagik tapi inip bukan main-main. keadaan genting. kabel lecturer aku sangat luas. if he knew about it-we're DEAD meat. aku tak nak dapat kosong. 60% adalah coursework dan kao nak tipu-memang gilerr. maka, keputusannya: buat lagi sekalik. lebih baik daripada menipu. nak salahkan siapa? manusia yang membuat set soalan merangkap ketua?pelajar pHD yang membimbing?diri aku sendiri barangkali sebab tak menyedari kekurangan yang ada dalam set soalan itu.sigh.aku rasa nak hantuk kepala kat bantal sekarang.

terpaksalah tebalkan muka lagi sekalik. aku sangat berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

oh, tidak. aku baru membelek questionnaire baru yang aku dapat semalam.
"practicing"
adoii. aku sangat pantang dengan kesalahan ejaan dalam benda-benda bertulis yang formal seperti itu. call me a fussy, gedik, or whatsoever, tapi aku sangat tak suka. pada pandangan aku, ia menggambarkan reputasi yang sangat buruk di samping menampakkan kebuduhan diri sendiri.mungkin imaginasi aku terlalu hiperbola. tapi aku tetap tak suka.
someone, please give me the letter 's'.

rasa sangat mengantuk. semua dah jadi dua.

-habis-

Khamis, September 04, 2008

biji-biji yang menyakitkan

audio: francis ford coppola-pretty ugly

ada dua biji jerawat di bawah mulut aku. satu kechik, satu besar.sakit dowh. aku jarang ada jerawat. tapi nampaknya tahun inip dah dua kali jerawat beso memperagakan dirinya di permukaan muka aku. sekali masa aku pergi sabah haritu. dan sekarang sekali lagi.

nampaknya ketidakstabilan hormon androgen aku mungkin dah mula menunjukkan dirinya. androgen telah terlebih merangsang kilang-kilang sebum di muka aku sehingga menghasilkan sebum terlampau, yang lantas dengan tanpa sengaja dan rasa bersalah bergabung dengan sel-sel kulit mati yang berlebihan secara tidak normal sehingga menutup rongga-rongga kulit muka aku.
kelompok Propionibacterium acnes sedang berlari-lari gumbira tanpa sebarang keraguan dan masalah di kawasan itu, membesar dengan cepat dan gemok dalam suasana sebum terlampau, di samping melakukan jenayah seperti iritasi dan inflamasi di dalam kawasan itu.
sistem keimunanan badan aku lantas berusaha keras membanteras jenayah yang dilakukan oleh bakteria-bakteria durjana itu dan memperbaik kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka. demi wilayah kulit muka aku, mereka berjuang walaupon terpaksa membentuk biji-biji yang menyakitkan.

oh, kelihatannya aku kena beli pencuci muka: sebab aku tak ada satu selama aku idop 21 tahun inip. haih.

-habis-

Rabu, September 03, 2008

biskut berbahasa asing

bonjour!
malam inip, Inchek Mejah a.k.a Anjut (or should i say Monsieur Hamzah?hehe) akan berlepas ke france. akhirnya kao fly jua. aku doakan agar kao selamat sampai dan baik-baik saja di sana nanti. tahniah sebab dah berabuk gilerr speaking french sekarang. hebat dowh. kagum aku. semoga berjaya, Inchek Mejah.

masa sekolah menengah, aku ambik french sebagai bahasa asing. sampai form 3 saja aku belajar. aku ambik juga exam delf A1 masa form 3 dan masa form 4 aku ambik delf A2 pulak. lulus kedua-duanya, tapi taklah chemerlang sangat.hehe.**sigh. tak dapat nak menyertai lawatan sambil belajar di france.

kalau kao tanya sekarang?banyak dah aku lupa terutamanya grammar. tapi bulehlah lagi aku ingat sikit-sikit mana-mana yang aku ingat. sekejap. aku cuba.

lundi mardi mecredi jeudi vendredi samedi dimanche:isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad. un deux toir quatre cinq six sept huit neuf dix: satu sampai seploh
je ne sais pas: aku tak tahu (bukan aku tak tahu tapi maksudnya memang begini)
mademoiselle: cik
je m'appelle Biskot: aku dipanggil Biskot

haha. c'est bon.

sekali lagik: tahniah untuk Inchek Mejah**sila jangan gelakkan aku merapu french** dan semoga berjaya!
au revoir. wa ilal liqa'.hehe.

-habis-

Isnin, September 01, 2008

hari pertama puasa untuk biskut

pagi tadi aku pergi sungai nibong. nak beli tiket raya. aku sangat keciwa dowh. tiket muo tak keluar lagi. penatlah aku nak pergi lagi sekali minggu depan. tapi aku takot bila aku pergi minggu depan, tiket sold out. aku dah kena tahun lepas: balik kampung pada malam raya dengan tiket 60 hengget (harga biasa 40 hengget).

petang tadi aku ke queen'sbay. sekali lagik. sebab Lestari nak tukar sweater dye yang baru beli semalam. tapi sebab paling utama ialah: aku jadi driver kali inip. hari ini dalam sejarah: aku drive kereta di penang. penang beb. mula-mula aku tak berani. gilerr. aku chuak bawak kereta orang. nak-nak kereta Bunga pulak tu. kalau jadi apa-apa memang naya. aku inip harap saja ada lesen, tapi bawak macam hampeh lagi stokin. penakot. tapi demi rakan-rakan sekalian, aku gagahkan diri. drive perlahan cukuplah.

tapi aku maloo dengan diri sendiri. rekod terburuk dicipta pada hari inip: 5 kali mati enjin-1 kat petronas, 4 kat parking luar queen'sbay. maloooooo. nasib baik tak kena hon.

alhamdulillah. selamat pergi dan balik.
kalau macam itu, lepas inip aku buleh cuba drive kat bandar muo pulak. hiks.
berikut adalah jumlah perbelanjaan aku untuk ke queen'sbay hari inip:

petrol = 2.50
parking = 1.00
baju-T garage recycles = 16.70
tali pinggang = 1.75
tabung duit = 8.90
jumlah = 30.85

oh, dah ada tabung duit berbentuk kucheng. selepas inip: tiada lagi syiling berterabur di atas meja.

**Inchek Own, aku puasalah hari inip. bila kao nak belanja aku berbuka puasa?haha.

-habis-