Isnin, Ogos 04, 2008

hari isnin biskut yang aneh dan menggemparkan

malam tadi aku stay-up sampai 3.45 pagi: siapkan 2 lab report pada masa yang sama. kalau tak aku nak stay lebih lama, tapi sebab guruh dan kilat dah berdentum, aku takotla plug laptop kena sambar. karang naya saja: 1 lab report pon tak buleh nak hantar. jadi aku pasang bateri, tidurkan laptop aku dalam keadaan standby, cabut plug, dan aku pon naik katil. tido.

6.15 pagi aku bangun sebab aku nak sambung bahagian yang tak siap. buka laptop. ada 1 tingkap mesej ym. ada 2 baris mesej.
'gudnyte'
'take care'
cheh. kenapa tiba-tiba sekarang nak ambil kisah. dulu bila aku online, senyap saja: tak ada nak tegur aku ke hape. bila aku tegur, macam nak tak nak layan aku. dengan orang lain bukan main layan. bila aku dah tawar hati, rajin pulak nak ambil kisah. pagi-pagi lagi dah menimbulkan rasa kechiwa dan saket hati aku.
aku baik saja tanpa kamu maka kamu tak payah susah-susah lagi nak kisah pasal aku.titik.

hari inip sangat terkejar-kejar. print lab report, hantar lab report, pergi kuliah, buat amali yang sangat memenatkan. isnin: hari yang betol-betol memenatkan untuk aku. tapi sebenarnya aku nak cherita satu kisah tergempar! apakah cherita itu ya? dekat sikit, aku nak bisik.

dekat foyer dewan kuliah school aku, ada satu bra hitam dan satu seluar dalam belang-belang terdampar di tengah-tengah laluan kat foyer itu!

aku terkejut siot. pagi-pagi aku datang school dengan semangat agak berkobar-kobar dan terkejar-kejar, tiba-tiba ternampak pula 2 benda itu. tertanya-tanya juga dari mana datang. nak kata ada ampaian, tak ada. nak kata ada servis dobi kat situ, pon tak ada. nak kata tempat pembuangan sampah, pon bukan. habis? adakah anjing yang menggonggong benda-benda itu sampai ke foyer itu? aku pon tak tahu siapa punya kerja dan siapa punya projek. haih. perkara yang sungguh memalukan. aku yang tengok pon rasa malu walaupon aku tak ada kaitan pon. yang pasti, ada insan mana entah yang menolak benda-benda itu ke bawah kerusi berhampiran, dengan kaki. dengan kaki la kot. yang pasti agak tersorok sikit dari khalayak ramai. misterius. sungguh misterius.

hari inip antara hari dalam sejarah sebab dalam tangan aku tak ada langsung cash. wallet aku kosong ringgit. seharian biskut pokai. aku lupa nak mencari kekayaan. maka, sekarang biskut nak pergi mencari kekayaan.

-habis-

Ahad, Ogos 03, 2008

chikungunya-biskut tahu!

masa aku cuti hari itu, memang kecoh dengan kes demam chikungunya kat tempat aku: johor. mula-mula heboh di kawasan gelang patah. mak aku asyik sebut 'chikungunya' (mula-mula aku tak dapat tangkap, maka aku sebut 'chinguya' atau 'chiguya'. bila aku balik sini, aku teringat ada satu kali dr. azmi tanya satu kelas: tahu tak pasal demam chikungunya? kebanyakannya tak tahu. kawan yang duduk sebelah aku pon tak tahu. aku dengan bangganya tersenyum: sekurang-kurangnya aku pernah dengar dan tahu sikit-sikit pasal simptom-simptom dan vektor pembawanya (konon-kononnya rasa lebih ke depan berbanding orang lain.haha). bila dr.azmi kata di johor memang heboh dengan kes chikungunya neh, kawan sebelah aku berkata: padanla kao tahu. orang johor je yang kena (sambil gelak sindir. cheh). aku gelak saja. sekurang-kurangnya aku tahu juga kan?(aku selalu melabel diri sendiri sebagai seorang manusia yang lambat ambik tahu pasal nota-nota terbaru di kedai fotostat dan topik-topik yang bakal diajar dalam kuliah esok hari-aku malas la nak berjalan ke kedai tu-penat dowh). kiranya agak selalu ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.haha.

chikungunya neh disebabkan oleh alfavirus (dari keluarga Togaviridae) yang dibawa oleh nyamuk aedes (yang juga merupakan si pembawa denggi). perbezaan ketara antara chikungunya dengan denggi: orang yang kena demam chikugunya akan mengalami sakit-sakit sendi. selain itu, demam chikungunya setakat ini dilaporkan tidak membawa kepada kematian (kalau nak dibandingkan dengan denggi berdarah). aku berpendapat kemeriahan wabak inip di johor mungkin sebab pendatang asing dari indon yang bawak. aku rasala kan.

kenapa aku berchakap pasal chikungunya pagi-pagi macam inip? sebab tadi mak aku call. dia kata dia kena demam chikungunya. demam dan sendi-sendi dia sakit terutamanya kaki dia. sampai terpaksa merangkak kalau nak pergi dapur ke apa. kalau solat, memang kena tahan la kesakitan itu. mak aku tgh cuti lagik sebab masih rasa sakit. mak aku kata lagi ruam-ruam tengah naik. ayah aku pon kena tapi dah ok. kesian mak. dahla haritu dia selalu sakit-sakit lutut sebab terlalu banyak berjalan ke sana ke mari sebab banyak sangat kursus dan meeting.

informasi lain yang diberikan oleh mak aku :mNgumpat:

1. esok dia poskan buah pulasan: yeayyy! (aku tak jumpa la pulasan kat sini) tak sabar rasanya.
2. bil internet masa aku cuti 3 bulan itu cecah 500 hengget: beha yang pakai banyak!kerja dia download saja!
3. kakak aku balik rumah mertua dia: mesti mak ayah aku sunyi sebab budak kechik tu tak ada.
4. ayah belanja banyak bulan julai: beli tv baru dan astro kedua (aku tak pasti kenapa.haha. mungkin tensi sebab aku selalu terboikot berita dunia sebab nak tengok cherita lain).

ok, tukar cherita lain. walaupon kao orang dah muak dengar bebelan aku pasal satu bende inip, tapi aku tetap nak chakap juga: lab report aku tak siap lagik!deadline esok untuk 2 lab reports. mati laa. maka, sekarang biskut nak pergi mandi dan mula membuat lab report. huhu.

lagu tema entri kali inip (sebab aku tengah layan):

Hello-Evanescence

playground school bell rings again
rain clouds come to play again
has no one told you she's not breathing?
hello I am your mind giving you someone to talk to
hello

if I smile and don't believe
soon I know I'll wake from this dream
don't try to fix me, I'm not broken
hello I'm the lie living for you so you can hide
don't cry

suddenly I know I'm not sleeping
hello I'm still here
all that's left of yesterday

-habis-

kredit untuk chokilala.blogspot.com untuk emoticon monyet itu.

biskut layan kuaci

lupa aku nak cherita. tadi pergi tengok variasiswa: pertandingan persembahan budak-budak 1st year. aku tak berapa fokus sangat sebab aku asyik layan makan kuaci. agak tersedak dan hampir tercekik sebab aku lupa bawak air. selain itu, aku kerap tertelan sekali kulit kuaci sebab makan dalam keadaan gelap.

habis semua persembahan, kitorang terus pergi minum kat khalel. makan la roti canai sikit, tosai sikit, kongsi berempat. tapi, bengang betol dengan sekumpulan mamat motor besar neh. kitorang minum saje pon, bukannya menggedik kat situ ke hape. diorang asyik usha kitorang sampai kitorang rasa tak selesa. tapi buat biasa jela, borak-borak. sudahlaa asyik usha, pulak tu ade seorang mamat neh siap ambik gambar kitorang guna henset. macam haram. kitorang malaslah kecoh-kecoh dan gelabah: diam saje dan buat tak tahu. memang perasan dan bajet menarik diorang tu. gelabah lagik. Bunga lambai-lambai tangan dan 'whistle' sikit sebab nak panggil mamak itu. tiba-tiba: kenapa?awak panggil saya ke?-kata mamat yang gelabah itu. mengong. gilerr gelabah.

sampai kitorang nak pergi kaunter nak bayar pon diorang pandang tak lepas. gangguan seksual betol!

-habis lagi skalik-

skil diplomatik biskut yang tak seberapa

dalam bilik inip tinggal aku seorang diri. roommates aku balik rumah. hari inip aku tak buat apa-apa sangat pon. pergi makan kat kedai awet muda, lepas itu pergi tesco. mula-mula macam sikit je barang aku. tiba-tiba mulalah tangan aku menggapai jajan-jajan: tiba-tiba rasa kempunan sangat nak makan. tiba-tiba aku ternampak pulak bateri kamera digital olympus yang aku dah lama nak. aku angkat dengan 80 hengget. bila pikir-pikir balik kenapa laa aku tak tawar dengan harga lagi rendah lagi.

kelemahan aku: tak reti tawar-menawar, berunding, serta berdiplomasi ketika membeli barang. dari dulu lagi aku memang tak reti. sejak-sejak aku dah besar sikit neh aku belajar sendiri tawar-menawar. itu pon baru peringkat separa amatur agaknya. dulu-dulu sejujurnya aku tak berapa kisah bab tawar-menawar neh. bagi aku, asal aku suka, bayar dengan potongan harga sikit, sudah. lagi satu hal, aku malas nak tawar harga. sebab aku TERLALU berpegang kepada 'jangan susahkan orang' (konon-kononnya aku akan susahkan si tokei kedai kalau aku terlalu banyak songeh). selalunya aku secara tak sengaja terminta tawar harga sikit je dan bayar terus. pendek kata aku SANGAT-SANGAT (dah sangat, sangat lagi. tatabahasa yang salah) tak banyak songeh (mungkin penjual akan rasa gembira memperkotak-katikkan orang seperti aku). macam aku pasrah dan redha je. tapi lepas itu, mulalah timbul rasa menyesal.

ada seorang kawan aku sangat pandai bab inip. bukan sahaja pandai tawar, pandai juga minta dan dapat aksesori dan cenderamata tambahan secara PERCUMA. dia memang jenis yang pandai cakap dan banyak cakap. selagi ada barangan tambahan, dia akan tak henti bercakap, memujuk, dan berunding dengan tokei kedai. mungkin sebab tokei kedai tak tahan bebelan dia, kesudahannya dia akan dapat barangan PERCUMA. bila dia cerita-cerita pasal perkara itu kat aku, aku cemburu dengan dia. aku malu dengan diri sendiri. aku? selalunya aku anggap dah cukup bila aku dah dapat 1 set barang yang aku nak-terus aku bayar. aku tak pernah terpikir nak minta barang-barang lain. aku malas nak cakap banyak. aku terima je. kesudahannya? kadang-kadang sangat menyesalkan diri.

contoh: teringat sewaktu aku beli kamera digital olympus yang aku pakai sekarang. lepas aku cuba kamera itu dan rasa ok, aku terus bayar. aku minta kurang harga, tapi dia kata tak boleh kurang lagi. aku angguk dan terima. aku tak terus memujuk. dalam hati aku maki-hamun diri sendiri. lepas itu, kad memori beli asing. dia tak bagi percuma. aku terima dan angguk lagi. aku tak terus memujuk lagi. maki-hamun lagi diri sendiri. bateri pulak? bila sampai rumah baru aku perasan bateri percuma itu sebenarnya bateri jenama ontahape. bukan bateri olympus. dan aku mengambil sikap 'tak apa' sebab konon-kononya aku masih jahil dan aku tak nak mempertontonkan kejahilan aku di depan si tokei kedai itu lagi.pasal aksesori tambahan lain secara percuma kalau ada?langsung aku tak terpikir nak tanya. maka tiadalah tripod.

contoh lain: masa aku beli bateri olympus tadi, penjual itu kata 89 hengget last price. aku dengan bangga lagi selamba tanpa berfikir panjang aku minta 80 hengget. sedangkan aku patut minta 75 hengget dan pujuk-pujuk dia sikit. bila sudah bayar, aku terasa kebuduhan dan aku rasa sangat hampeh. kao orang pon akan kata aku hampeh.

buduh kan? aku tak kisah kalau kao orang nak kata aku buduh. tapi hakikatnya aku pon benci dengan keadaan macam itu. bila pikir-pikir balik, aku terasa juga kebuduhan diri sendiri. kenapa aku tak boleh jadi macam kawan aku tu?sangat petah bercakap dan pandai berdiplomasi. tak macam aku. cas macam hina pulak aku inip,huhuh.

joey mcintyre selalu nyanyi: don't you ever wish you were someone else. .you were meant to be the way you are exactly.lagu sekadar memujuk. kadang-kadang aku pernah terpikir dalam keserabutan akan betapa menariknya kalau kita berada dalam kasut orang lain, bukan dalam kasut diri sendiri. betapa menariknya kalau aku buleh banyak cakap macam dia.

aku dalam proses cuba mengubah skil komunikasi aku dan memperbaik darjah keyakinan aku. bukan senang. tapi aku usaha sedaya mampu.

biskot nak tdo. sudah pukul 3.19am rupanya.huhu.

-habis-