Khamis, Oktober 14, 2010

rumble mumble 8

hari ni makan sorang-sorang.
lunch sorang-sorang sebab rehat lambat, then partner puasa pulak.
dinner pun sorang-sorang. bebudak tu diet ke apa aku tak tau, malam-malam boleh pulak tak makan, tak pun diorang makan megi.

mula-mula aku ingat aku pun malas la nak makan gini kalau sorang-sorang.
tapi oh taak bolehhh.
perut rasa penuh gas, mula la angin naik kepala.
pening, langsung tak boleh pikir dah. jalan pun tak betul.

sorang tak sorang. janji perut kenyang.
walaupun kelihatan pathetic sebab semua orang pandang dengan pandangan "kesiaaan budak ni makan sorang-sorang".


p/s: dem, aku tengah kempunan nak makan ikan bakar dan chicken chop. iskk.

Selasa, Oktober 12, 2010

rumble mumble 7

sejak-sejak ni, macam-macam jadi kat kereta kakak aku tu (yang aku guna sementara untuk balik kampung/pergi kerja/jalan-jalan hujung minggu).


masa baru sampai seremban haritu, window driver jammed time aku dah parked kat jj. jenuh la pergi cari bengkel. nasib jumpa. terbang 175 untuk tukar motor window dan brake pad yang dah haus tu sampai bunyik2 bila brek.


lepasa tu, aritu pintu driver bergesel dengan tiang rumah masa aku konon bajet terer nak keluarkan kereta dari porch. pintu gate belah kanan tak leh bukak sebab kawan aku park kereta dia kat situ. dah tu pulak ada motor housemate kat side kiri kereta aku, tuan dia pulak takde untuk alihkan. calar teruk gak. terbang lagi la duit nak bayar kalau kakak aku nak cat baru T_T


dan tadi aku baru perasan side-mirror driver ter-kepak. ada orang langgar la kot masa aku parking kat mana-mana. huhu T_T


down gila macam ni.
kalau gaji dah masuk, sejuk hati sikit. huhu.

Ahad, Oktober 10, 2010

entri buang habuk

pernah tak berharap untuk suatu perkara/keajaiban/benda berlaku, and then bila benda tu betul2 berlaku, kamu tak tahu nak buat apa/ respon macam mana?

aku tengah mengalami perkara sebegini rupa. apa yang patut dilakukan eh. complicated betul.
rasa pun campur-campur. it's like i should be happy, but then tak boleh happy gak sebab that thing hurts other people pulak, in some ways. dah tu? aiyoo. sekarang ni tengah buat-buat tak tahu pun benda tu berlaku. harap2 jangan ada complication lain sudahh.