aduhh, aku rindu sama kamu wahai blogger. ini semua maxis broadband yang macam harammm punya pasal (tapi nak marah lebihlebih pon tak buleh sebab bukan aku yang bayar.hahahaha). tapi aku pasrah lah kan sebab aku tahu rumah aku yang terperuk jauh di hujung kampung inip memang payah sikit lah kot agaknya sampai streamyx punya signal pon tak buleh dikesan di rumah aku inip.
okeyh, nak stori sikit pasal 5 hari aku di bandung. pendek kata: gilerrr best! kami semua menginap di desa cipelah, sebuah desa yang dikelilingi oleh ladang teh. memang menghijau lah. ada juga rumah-rumah yang tanam strawberi, tapi kalau nak beli-belah strawberi, kena pergi satu desa lain (tak ingat pula apa namanya tapi situ memang merata-rata orang jual strawberi). persekitaran desa cipelah memang sejukkk. rumah mak angkat aku atas bukit, maka bila pagi-pagi memang tak lepaskan peluang menikmati keindahan ladang teh seluas mata memandanglah. memang tak tergambar dengan kata-kata. air pula memang sejukkk, air gunung beb. oleh sebab terlalu sejuk, aku ponteng mandi pagi. hahahaha. gilerr sejuk aku tak tahan, alang nak gosok gigi pon rasa macam nak kejang rahang aku.
laman rumah keluarga angkat aku
pemandangan dari laman rumah keluarga angkat aku (pagi-pagi yang indah beb) ladang teh seluas-luasnya desa cipelah tak boleh dipisahkan dengan teh.hari-hari pon minum teh. paling sedap teh yang tak bergula itu.hoho. keluarga angkat aku. mak angkat aku yang kedua dari kiri, umur 25. bapak angkat aku yang lelaki itulah, umur 27. hoho, muda kan? yang macam artis itu kakak kepada mak angkat aku (dia minat gilerr siti nurhaliza dan search juga kot sebab hari itu dia nyanyi lagu isabella). yang tudung peach itu mak kepada mak angkat aku (kira nenek angkat jugalah.hehe) masa di cipelah, aku belajarlah sikitsikit bahasa sunda sebab orang-orang di sini berbahasa sunda. nasib baik ada juga yang tahu berbahasa indonesia biasa, kalau tidak payah juga. tapi aku selalu juga tersasul cakap stail orang malaysia sampai budak kecik kat rumah mak angkat aku pon dah terikut. ha ha habislah.
cover album yang bakal keluar di pasaran tidak lama lagi. lokasi: kawah putih tajuk album: belum bertajukkawah putih ini satu tempat tumpuan juga sebab cantik. kawah gunung berapi, siap bau sulfur kuat gilerr. mula-mula nak pegi tangkuban perahu tapi tak jadi sebab jauh dari cipelah (sedih). kawah putih boleh tahan dekat dengan desa cipelah, tapi ok jugalah. sejuk pon sejuk juga.hoho.
oh ya, kalau cakap pasal bandung semestinya orang akan cakap: bestlaa dapat shopping kat bandung. uhuhuhu. kalau nak tahu, aku adalah orang yang tak habis guna duit rupiah aku. siap berbaki tak tahu nak buat apa sampai aku sanggup beli milo 5 ringgit dalam kapal terbang masa nak balik malaysia. entahlah, satu mungkin sebab aku tak berapa gila membeli-belah. kedua, sebab Pasar Baru (tempat kami membeli-belah) saaaangatlah sesak hari minggu (kami pergi hari sabtu) dan aku tak boleh sesak-sesak sangat, hilang mood aku nak membeli-beli. ketiga, diburu oleh kanak-kanak mahupon orang dewasa yang menjual rantai kunci dan beg, suruh aku beli. hmm, tapi 3 jam memang lah tak sempat nak jelajah seluruh Pasar Baru itu. selain Pasar Baru, kami pergi kawasan di mana terdapat pelbagai Factory Outlet Store (tapi aku tak beli apa pon kat manamana FOS, aku cuma beli sweater di tepi jalan gilerr murah-lebih kurang RM20 tapi tebal dan sedap woo). tapi untuk yang sukaaa membeli-belah, siries bandung memanglah tempatnya.
*gambar berjaya dimuatnaik.hehe
em, hari inip kakak ipar aku bersalin. tapi dia kena bedah, tak bersalin secara biasa. harap-harap dia dan baby cepatcepat keluar hospital. kalau tidak, aku ikut mak ayah pergi jb tengok kakak ipar aku tapi aku tak diizinkan ikut sama sebab ayah suruh aku temankan kakak aku dan anak buah aku kat rumah. huhu. apa-apa pon tak sabar nak tengok baby baru. hihi.
apa-apa pon, bulan jun inip aku gembira.hehehe.
*aku dah ingat nama tempat banyak strawberi tu-chiwidei
*nama anak buah aku yang baru: adam arif danish
-habis-